Sunday, February 6, 2011

syukur

ALHAMDULILLAH............
syukur ke hadrat allah swt
kerna telah membuka pintu hati mu untuk cuba berikhtiar

aku sekarang sudah merasakan yang kemuncaknya sudah tiba
aku harus menerima tiap tutur bicara yang diucapkan
dalam membuat keputusanmu walau dlm senda gurau sekalipon.....
kerna setiap gurauan itu adalah lahir dari isi hati sebenar seseorang itu...

aku sudah cukup untuk berpuas hati
aku tak perlu lagi untuk kecewa
aku sudah ikhtiarkan apa yang termampu
aku sudah melihat keceriaan didalam wajah ayumu itu
jauh kedalam matamu yang jernih juga sudah terbayang kebahagiaan
kerna itulah yang aku ingin lihat...
dan kini aku sudah boleh untuk memulakan langkahan keluar
aku tak mahu lagi mengganggu hidupmu yang kian ceria kini
aku tak mahu tubuh badanku ini, bayangku ini mengganggu kisah hidupmu kini...
aku tak mahu lagi menimbulkan rasa malu kamu bila berganding denganku

walaupun kita mungkin tidak ditakdirkan bersatu
tapi aku harus berasa suka bila aku dapat melihat kebahagiaan dalam dirimu
itu sudah cukup untuk membahagiakan hidupku nanti

tanggungjawabku padamu kini kurasakan sudah selesai
walaupun perjuangan sebenarku masih belum selesai
aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu......

"TINGGAL KASIHKU TINGGAL SAYANGKU...TINGGAL...TINGGAL..BERTEMU LAGI BERJUMPA LAGI ..TINGGAL..TINGGAL"

No comments:

Post a Comment