Thursday, February 17, 2011

BOLDNESS


♥Cinta perlu ada keberanian..tanpa keberanian impian tidak mungkin jadi satu kenyataan.
Namun bukan hanya berani meluahkan sahaja, tapi perlu juga berani berhadapan dengan sebarang kemungkinan♥

berani? ya kita mesti berani..bukan itu sahaja kita juga perlu berani untuk berubah berani untuk mencuba berani untuk melalui berani untuk merasai berani untuk ditegur berani untuk dikecam barulah kita kena berani untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan...

seharusnya kita menjadi sebahagian daripadanya bukan sekadar meniti di bibir atau sekadar bermain dengan tinta-tinta kerana semua orang boleh menuturkannya atau mencoretkannya tapi tak semua yang betul-betul berani melaksanakannya....sepertikata pujangga "orang tidak mahu lihat atau dengar seberapa banyak benda atau kerja yang boleh kita buat tetapi orang akan lihat dan kagum dengan seberapa banyak benda/kerja yang boleh kita siapkan" ini bermakna setiap tutur bicara kita mestilah selari dengan perbuatan kita...bila kita berani mengeluarkan kenyataan kita juga mestilah berani melaksanakannya...


bila kita sudah berani atau bersedia untuk menjadi berani seharusnyalah kita juga sudah bersedia atau berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan...kita sudah berani untuk menghadapi kegembiraan dan yang paling besar kita sudah berani untuk menerima kehilangan..

mengapa begitu?
setelah banyak perkara dilalui setelah segala usaha dibuat segala ikhtiar dibuat tibalah masanya untuk berserah kepada yang maha kuasa allah swt kerana segala-galanya adalah perancangan yang maha terbaik dari allah swt juga....kita hanya mampu merancang allah yang akan tentukan segala-galanya....oleh yang demikian bersedialah untuk menerima ketentuan dari ilahi......


No comments:

Post a Comment