Thursday, December 30, 2010

opposite.....3

akhirnya aku berjaya untuk melawan perasaanku
aku beranikan diri
aku cuba buat apa yang pernah kamu lakukan padaku
aku berjaya melakukannya....
namun aku terfikir bolehkah kamu menerimanya....
aku renung aku fikir aku tenung
mesti kamu boleh menerima gurauan aku ini
sebabnya kamu dah biasakan diri kamu bergurau
jadi pada pandanganku orang yang sudah biasa bergurau tentu boleh bergurau
orang yang biasa kenakan orang tentu tiada masalah jika dia pulak yang kena
cuma aku kini dalam dilema apakah gurauan aku ini melampaui batasan
ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm biarlah apa yang kamu nak buat tanggapan padaku
tapi yang pastinya AKU SEMEMANGNYA BERGURAU
sekali lagi aku berterima kasih padamu kerana mengajarku menjadi seorang yang kuat...terima kasih banyak-banyak.
JUTAAN KEMAAFAN KU POHON DARI MU ANDAI GURAUAN AKU INI MELAMPAUI BATASAN....MAAFKAN AKU

opposite.....2

susah sangat ke orang nak faham apa yang aku cakap
apakah aku ni cakap berbelit-belit sehingga orang tak faham bahasa yang aku cakapkan
aku dilahirkan dalam rumpun melayu
bukan dalam rumpun lain
pelat sangat ke percakapan aku
tunggang langgang sangatkah bahasa aku
tunggang langgang sangatkah struktur bahasa aku
sukar untuk aku terangkan lagi....
SALAH FAHAM LAGI
MISS COMUNICATION
lain yang aku cerita lain yang difahami

tidak pernah sepatah kata pun menceritakan
tentang keperibadian kamu
yang ingin disampaikan adalah supaya kamu berhati-hati
kerana seseorang itu cuba untuk mendapatkan kamu
walau dengan apa cara sekalipun asalkan kamu dimilikinya
bila dah dapat madu hampasnya akan dibuang..

bila diceritakan........sebaliknya pula jadinya
belum sempat aku mempertahankan diri
aku sudah diserang bertubi-tubi

aku redha aku dengan apa yang berlaku sekarang
aku terlalu lurus bendul jendul dol samdol semuanya atas kepala aku semuanya

tiada apa lagi yang harus aku buat
aku GAGAL untuk menyampaikannya dengan cara yang terbaik yang mudah difahami
aku hanya mampu untuk memohon maaf saja
sebab aku telah menyakitkan hati kamu dengan cerita-cerita yang bangang ini
MAAFKAN AKU DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI KE HUJUNG KAKI

STOP.....................................:(

Tuesday, December 28, 2010

opposite.....

tiap kali diberitahu........
kamu akan buatkannya menjadi sebaliknya 
atau lebih tepat lagi berlawanan...
mengapa ianya sebegitu aku pun tak faham
apa lagi nak dikata........

Sunday, December 26, 2010

fikiran mengamuk hati berkecamuk lagi

hari ini 26 december 2010 merupakan hari yang ketiga aku dalam keadaan yang agak menyerabutkan...
fikiranku  masih lagi mengamuk dan hati ku masih lagi berkecamuk..
pada siapa harusku luahkan segalanya, aku masih lagi belum mampu untuk berkongsi dengan sesiapa
terus terang aku katakan aku dalam keadaan buntu bingung kerna terlalu banyak yang aku fikirkan....
mengapa aku terlalu lemah..aku sudah cuba dengan seberapa upayaku untuk melawan...
aku cukup-cukup hairan bila mana di saat teman-teman bermasalah aku tanpa ragu-ragu menasihati mereka
sering kali aku menjadi tempat rujukan teman-temanku
tapi bila tiba saat aku ditimpa masalah aku tidak mampu untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk diriku...aku buntu
cuma kini aku merasakan aku ada sedikit kekuatan dalam diri...mengapa?
tidak lain dan tidak bukan ialah bila orang yang aku sayang menasihatiku dan memberi kata-kata perangsang padaku...mungkin kata-katanya itu hanya sekadar melayan kerenahku atau memang lahir dari sudut hatinya yang mulus aku pon tidak tahu hanya tuhan saja yang tahu.....hati manusia siapa yang tahu..
namun begitu aku tetap berterima kasih padanya yang sudi untuk menasihatiku...
aku cukup-cukup menghargainya dan akan ku sematkannya pada suatu tempat yang teristimewa di sudut hatiku...
terima kasih sekali lagi kuutuskan buatmu hanya allah sahaja yang dapat membalasnya
walaupun ianya tidak sebesar mana bagi dirimu namun ianya cukup-cukup bermakna bagi diriku.......

Wednesday, December 8, 2010

Monday, December 6, 2010

laguku

Yuna-Dan Sebenarnya

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
[Dan Sebenarnya Lirik]
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

Faizal Tahir – Coba

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar senang kau merasa
chorus
siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu
coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata kau
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa
repeat chorus
maafkan kerana ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku

suhu

Fahrenheit

Menuju Garisan

Kiri kanan pun jalan
Menuju ke garisan
Dan aku... Teruskan berjuang
Dijalanan ini

Banyak yang ku temui
Mengharapkan impian
Dan aku... Adalah seperti
Mereka jugalah

2
Kawan-kawan yang ramai
Ketika aku ketawa
Dan aku... Telah pun menemui
Semuanya
Kawan-kawan yang hilang
Ketika aku suram
Dan aku... Akan tetap mengerti
Selamanya

2
Jauh aku berjalan
Luas lagi permandangan
Banyaklah yang dapat aku
Rasa
Lama lagi hidup
Apa lagi yang nak datang
Hadapilah dengan ketabahan
Sedikit aku tak gentar
Akan ku hadapinya

Walau segunung
Kau hebahkan bencimu
Selaut kepuraan itu
Tidakkan mungkin
Menjadi pulau cinta
Sebagai mana kau idamkan

Tanyalah hati di cermin diri
Kau imbaskan oooohh

A:
Biarpun pahit
Keperitan silammu
Itukan penawar manis mu
Kita manusia
Adakala tersisih
Di dalam mengejar impian
Sabar menanti
Sinar mentari yang hakiki

B:
Tidak ku menyesali lagi
Andainya tergelincir nanti
Walau terluka
Ku relakan ia
Aku tetap aku
Melafazkan
Kalimah yang satu

Disini ku mampu mengerti
Mendungkan menutupi hari
Itukan lumrah kehidupan ini
Usah disangsikan yang azali

- Ulang B -

- Ulang A -

Andainya kau mentari
Sinarlah kesiangan minda
Andainya kau rembulan
Sinarlah kegelapan hati

Thursday, December 2, 2010

awak

Search

Nigina

Nigina
Apakah yang membara
Di hati kecilmu
Kiniku terharu sayu

Nigina
Gadis timang dimanja
Membelai rindu
Melagu harapan seribu

Nigina
Ke sini dan ke sana
Kekosongan menyiksa
Robohnya persada bahagia

Potret dan waktu
Mengusik dikalbu
Mencuit sendu
Kau anak semesta
Impikan keindahan berjuta

Oh... oh... malam meratapi
Lembaran tragedi laramu ini
Kian dilamun ilusi
Kian membakar diri
Kau ibarat kuntum bersemi
Menunggu mentari
Memancar fitrah pagi
Agar mimpi sucimu abadi

malu koramm

aku rela
aku redha
walaupon kelihatan aku ini seperti tunggul
atau maybe "nerd"...pak turut...bendul...jendulll
aku tak kesah apa orang nak kata
yang penting aku tau dan hanya allah sahaja yang tau
betapa dalamnya kasih sayang aku padamu
mungkin disebabkan itu, kini.....
aku terlalu mudah untuk menerima sebarang berita, reaksi, aksi
aku selalu menerimanya tanpa keraguan...
kadang kala atau mungkin tiap kali aku diperlakukan begitu
aku menangis....maaaluu kooraamm
tapi mengapa kini hatiku terlalu kecil
bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan sebelum ini
dulu...begitu sukar untuk melihatku begini
mungkin kerana
keegoan?
kesombongan?
bangga diri?
bongkak?
angkuh?

aku tidak pernah tunduk kepada semua itu
kerana aku pandang mereka semua itu
dari satu sudut saja...

alhamdulillah........kini segala-gala telah berubah
biarlah orang kata aku berubah kerana orang
mungkin aku terlalu sayangkannya...

aku bukan mengikut telunjuknya
aku hanya mengikut apa yang terbaik bagi diriku dan dirinya
sekurang-kurangnya aku tau di mana kekuranganku
sebab kita tak akan dapat menilai diri kita sendiri kecuali orang lain
bila diri sendiri yang menilai
peratusan yang kita akan dapat adalah tinggi
sebab kita tak akan nilai diri kita ini buruk
kalau adapun yang dinilai buruk,
kita tetap akan kata masih ada kebaikannya disitu

terima kasih awak............
awak menyedarkan saya dari lamunan
pertama kali memang saya buat untuk awak
dan seterusnya memang kerana awak
dan akhirnya ia telah menjadi rutin saya
saya dah mula utamakan apa yang sepatutnya diutamakan
terima kasih awak...
ketahuilah bahawa setiap gurauan awak pada saya itu
tetap akan menjadi satu kenangan yang terindah

tidak pernah sekali-kali hati ini tersentuh dengan gurauan itu
sungguh manis kenangan itu..
walaupun aku tidak pernah persoalkan
mengapa gurauannya sebegitu
apakah tujuannya
biarkannya......
yang penting biar aku sebegini
hanya allah sahaja yang tau...
terima kasih awak...
saaaayaaang awak...
KAU TERLALU ISTIMEWA

Wednesday, December 1, 2010

aku internet & fb

irama dan lagu tak dapat dipisahkan
andai dipisahkan maka pincanglah lagu
itulah antara kata-kata dari allahyarham tan sri p ramlee

aku bolehlah diibaratkan seperti itu
sukar untuk aku jelaskannya kenapa dan bagaimana
tapi yang aku tau aku mesti online
kalau tak aku jadi seperti bunga yang kembang tak jadi.....

mungkin kini kebanyakkan urusan aku semua dengan atas talian
dan yang tak kurang pentingnya adalah FB hehehehe

dengan benda ni lah aku dapat berhubung dengan kawan-kawanku
kawan-kawan yang telah lame tak bersua muka
disamping tu dapat juga menghiburkan hati yang kadang kala resah
masa-masa di mana mungkin kita tidak di dalam mood yang baik
dalam keadaan "expired date"(teringat kata-yang biasa dituturkan oleh someone)
ape saje yang diucapkan nya mesti lekat dalam kotak fikiranku

tiap kali aku online fb aku...wajiblah aku membuka new tab sebelahku tu dgn fb dia
tiap kali online je mesti mesti dia ade di sebelah aku hehehe
aku ingin selalu disampingnya
aku ingin selalu didampinginya

rimas ke dia??? maybe kot...
hati manusia siapa yang tau
cuma doaku agar apa saja urusan bersama aku
dilakukan seikhlas hatinya bukan untuk menjaga air muka ku.....insyaallah