Saturday, February 20, 2010

dia..dia

dia
segalanya disini
bermula satunya mimpi akhirnya menjadi realiti
namun disusuli deretan tragedi
ohhh sungguh ngeri
kita sering dibatasi
realiti dan fantasi
disaat cinta bersemi
bersama berilusi
di situlah kita mengenal ertinya budi
kasih sanyang insani dan peribadi
pada detik yang ngeri
yang tak pernah termimpi
ku dibaluti sepi
kerna ada yang tak mengerti
kita dah hampir pasti
kan bersatu hati
namun segala-galanya seperti fantasi
kerna ada hasad dan dengki......
aku bagaikan hilang pedoman
tanpa arah tujuan
teman2 hanya mampu memberi dorongan dan sokongan
namun aku masih lagi kekosongan
aku berserah padamu tuhan
berilah kekuatan
aku percaya suatu hati nanti kau pasti akan memberi jalan

dia
tanya pada angin apakah ada wajahnya disana
tanya pada angin sudikah cinta mendamping resah
aku yang berlari mengejar bayang2nya
masihkah aku dihati dia
tanya pada awan apakah rindu masih dihati dia
tanya pada hujan basahkah pipi ku kerana dia
kita yang serupa kecewa hati terluka
masihkah cinta di hatinya
mungkin suatu hari nanti cahayakan menyinari
janjiku kepada bulan
selagi nyawa masih ada kudambakan cinta
janjiku kepada purnama
selagi cinta masih nyata aku memuja
selagi ada sinar
kerana itu aku masih lagi mengingati bait2 ini
hujan..bila sebut pasal hujan
dengan sejuta titis hujan turun ke bumi
walau terpaksa mengorban diri di jalanan
hujan tetap akan turun di hari yang lain
itu tentang cinta hujan yang kasihkan bumi...

dia
redup mata dia memandang wajahku
jangan menangis
memang benar dulu kunci hatiku ada pada dia
aku kembali di mata dia kini
bukan kerana dia
bukan niat utk melara hati dia
usah khuatir
jika hadirku melukai hati
maaf kupohon abadi
kini dihatiku satu puteri yang pasti bukannya dia
redup mata dia memandang wajahku
jangan menangis
kita lewati saat kau dan aku leka menari...............

Wednesday, February 17, 2010

DIA





Dia
Pertama kali ku lihat wajahnya aku rasa gemuruh
Entah mengapa tiba2 perasaan ku sebegitu jadinya
Aku mula merisik, meng’usha’, menyiasat dan akhirnya
Melalui teman2 rapatnya aku mulai kenal ‘dia’
Bermula dari satu senyuman hinggalah berutus2 surat
Sejak mula lagi kurasakan seperti ada chemistry antara aku dan dia
Aku mulai sukakannya aku mula cemburu bila melihat ada sang kumbang yang cuba untuk mendekatinya..apekah ini dinamakan…………………………ermmmm
Masa bermula begitu pantas tanpa kusedari rupa2nya aku semakin menjauh
Tak tau kenapa mengapa apakah sebabnya
Akhirnya berlalu begitu sahaja tanpa sebarang berita tanpa kata2
Akhirnya menjadi satu kenangan

Dia
Gugup gelisah takut suka malu
Itulah perasaanku tatkala pertama kali memandang seraut wajah dan sekujur badan ‘dia’
Indahnya ciptaan ilahi itulah kata2 yang mula2 terpacul dari mulutku pd ketika itu
Pertemuan ini bagaikan telah ditentukan
Aku pada ketika itu begitu aktif dalam pergerakan badan beruniform
Dia pon samala juga macam aku Cuma dari berlainan kumpulan dan daerah
Tapi kami sama2 sentiasa terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh negeri, daerah, sekolah, maktab perguruan atau IPT..
Dari situlah kami menjadi semakin rapat bak belangkas
Di mana ada dia di situlah ada aku
Di mana ada aku di situlah ada dia
Satu hari diperkhabarkan satu berita dia dapat menyambung pelajarannya ke IPT
Kami gembira namun jauh di sudut hatiku terdetik juga satu perasaan sedih
Kami akan berpisah seketika
Namun langit tak selalu cerah…rupa2nya perpisahan ini untuk selama2nya

Dia
Aku merantau ke negeri orang untuk menyambung lagi sisa2 perjuangan
Serambi mekah tempatnya…..
Tiap hari minggu, cuti aku pulang ke kampong yela bukannya jauh sangat
Bila kat kampong tu biasala lepak2 ngn geng2 kampung duk kacau aweks lalu lalang
Tup tap tup tap pintu hatiku digoncang lagi huhuhu dasyat
Rupa2nya aku tak bertepuk sebelah tangan
Aku menyiasat lagi rupa2nya dia dah lama suka kt aku yeke? Cm tak lojik je
Kami pon berutus surat ( lawak betul aku bukannya biasa tulis2 surat ni )
4 tahun masa berlalu kami dah kenal hati budi masing2
Namun apakan daya tuhan penentu segala
Kerana terlupa birthday dia aku dimarahi aku dikatakan tak ambil berat tentang dia
aku mintak maaf aku cakap birthday aku sendiri pon aku kantoi apatah lagi orang lain punye
pastu aku kol dia taknak jawab last2 dia pesan kat kakak dia
dia kata kalau nak kol tunggu sebulan lagi baru kol
aku kata ok
dan sehingga hari ni aku masih belum kol lg dia

 Dia
Jodoh pertemuan di tangan tuhan
Buat masa ni aku belum terfikir lagi benda2 tu aku nak tenangkan fikiranku
Aku masih marah lagi
Dugaan datang lagi kini aku bertemu lagi dia
Sungguh besar dugaan ini namun allah telah membuka pintu hatiku untuk kembali pada diri sendiri...tak lama mungkin dalam dua tiga bulan sahaja aku kenal
Lantas aku nokhtahkannya...inilah dipanggil jodoh dari syaitan
Nauzubillah.......................

TO BE CONTINUED..................

Sunday, February 14, 2010

sekolahku rumahku syurgaku


sekolah kebangsaan paka II.......ini lah nama yang selalu
terngiang2 di telingaku pd masa tu (2003)
hampir setahun aku merasa azab yang teramat azab dlm sejarah perkhidmatanku
SK Kg Wa akan menjadi satu kenangan yang tak akan dpt ku sisih dr memori hidupku
bukan kerana kawan2 di sana bukan juga kerana persekitarannya tapi segala2nya adalah guru besarnye...ermmmmm cukuplah aku sudah cukup menderita di sana.
masa kurasakan seperti tidak berfungsi lg kerna kurasakan terlalu lambat mase itu berlalu pd ketika itu..cukuplah............................
pada mei 2004 aku telah menerima sepucuk surat dari jabatan yang menyatakan permohonan pertukaranku diluluskan tanpaku sedari terbawalah sungaiku ke hujung mata dan menitis membasahi pipiku yang gebu.........tanggal 16 mei 2004 itulah tarikh keramat dimana aku diarahkan untuk melapor diri ke Sekolah Kebangsaan Paka II.....
kini sudah 6 tahun aku berada di sini telah ku lalui suka duka bersama sudah ku bersama 3 org guru besar cintaku pada sekolah ini makin kuat
aku makin sayang pada sekolah ini.......
jika aku diberi kuasa, mahu saje aku kekal di sekolah ini sehinggalah aku bersara
tapi apakan daya siapalah aku untuk demand terlalu tinggi
aku sekali2 tidak akan isi borang pertukaran aku tak mau dan takkan lagi untuk berpindah ke sekolah lain......tapi kalau diarahkan bertukar macam mane....errrmmmmmmm sukar untuk ku gambarkan dengan perkataan........aku taknak fikir lagi psal tu huhuhu
mase berlalu begitu pantas kini...2004 kini 2010 fuuuh begitu cepatnya mase berlalu dan usiaku pon makin "meningkat" aku kini pon dh banyak berubah berbanding ketika di awal kedatanganku ke sini..banyak masalah yang aku dah boleh settle tanpa perlu berperang biasala dah senja dah..kini aku banyak bertolak ansur maybe ramai yang menasihati aku d sini....terima kasih ma, abang2 dan kakak2 serta adik2ku......
selama aku di sekolah ini pelbagai episod suka duka telah ku lalui dan aku berjaya menanganinya dengan penuh berhemah
tiba2 hatiku kini kuat berdetik dan hatiku kembali mengesyaki sesuatu yang aku rasakan pelik dan aku tak nak laluinya lagi...
ya ALLah kau kuatkanlah imanku semangatku untuk mengharunginya lagi aku bermohon padamu ya Allah aku insan yang lemah disisimu ya Allah