Sunday, February 20, 2011

sabtu 19 february 2011

4.15 pg   - terjaga dari mimpi disebabkan perutku beronar..bermulalah episod sadis hari ini
                 terus ke tandas..selesai terus kembali ke tilam empukku namun tak sampai 2 minit aku terpaksa
                 kembali lagi ke bilik kecik ku itu dan ianya berlarutan sehinggalah pukul 12.30 tengahari.....
lebih kurang pukul 2.00 ptg untuk kesekian kalinya aku terpaksa lagi masuk ke bilik itu..aduuusssssss begitu kuat dugaan padaku hari ini...selepas itu aku gagahkan diri dan hanya mampu bertahan sehingga pukul 4.30 ptg sahaja dan aku terpaksa kembali lagi ke bilik itu...aku dah hampir pitam namun aku gagahkan diri...kini menjadi semakin parah bilamana ianya diselang selikan dengan muntah dah tak ade apa-apa lagi yang keluar hanya lah air semata-mata...

7.30 mlm ianya masih berterusan lagi selepas solat maghrib untuk kali yg ke berapa aku pon dah tak ingat sekali lagi ia menyerang selepas itu aku cuba untuk keluar untuk dapatkan udara segar diluar sana..setelah bersiap-siap untuk keluar tiba-tiba perutku kembali lagi beronar aku terpaksa bergegas lagi ke bilik keramatku aduuusssssssssssssssssss......apa yang keluar hanyalah air sahaja sudah tiada apa-apa lagi yang terkandung dalam perutku kini...selepas isya' aku gagahkan diri untuk keluar mencari sedikit makanan..aku sudah tidak mampu untuk makan lagi kerana seleraku dah tertutup namun aku terpaksa untuk memulihkan tenagaku tetapi aku tak boleh makan nasik aku takut nanti termuntah..aku singgah dikedai untuk makan buah epal 2 biji selepas itu aku rasa sedikit bermaya....

bila sedikit tenagaku kembali aku gagahkan kakiku untuk mencari udara segar dan menenangkan fikiranku lalu aku terus memecut kenderaanku ke tempat futsal..aku berehat seketika disana..entah mengapa jiwa ku akan tenang bila aku berada disini tenang setenang-tenangnya dan perutku juga tidak beronar lagi....aku berehat seketika disini dan dalam diam sekonyong-konyong wajah kesayangan hamba menggamit dibenakku..tiba-tiba pipiku terasa hangat dengan aliran deras yang turun dari 2 pancainderaku kurniaan ilahi..ianya bergenang dan terus mengalir deras....aku sayang kamu aku rindu kamu.....

aku tak mahu ianya berlarutan aku terus pulang kerumah...tiba sahaja dirumah perutku kembali beronar dan juga terasa hendak termuntah aku terus ke bilik keramatku untuk kesekian kalinya(kalau tak silap perkiraanku tak kurang dari 20 kali aku keluar masuk ke tandas hari ini)....selesai solat isya' aku terus makan lagi ubat dan aku berdoa agar ianya tak menjengahku lagi insyaallah......dah macam zombie dah muka aku pucat lesi...

1 comment:

  1. doh ade dok gambo mu amik taim muke mung pucak tu?..mesti puteh slepuk..

    ReplyDelete