Monday, February 21, 2011

nokhtah...................

assalamualaikum.........
sebelum aku meneruskan dan meleretkan lagi coretan ini izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai coretan ini mengguris lagi hati kamu.....

hari ini sudah genap seminggu kita tidak bercakap tidak ber'sms' dan bersua muka serta bertanya khabar...aku tahu kamu memang marahkan aku dengan tindak tandukku kebelakangan ini....dimulai dengan aku tidak membalas sms mu..pernahkah kau bertanya mengapa aku tidak membalasnya?(perlu ke kamu bertanya? aku ini bukan apa2 pun bg kamu kan) pada hari itu apabila kawanmu menelefonku memberitahu yang kamu marahkan aku sebab tak membalas sms aku terus mencubanya dapatkan sedikit kredit kedlm telefonku(maklumlah aku bukannya orang yang berharta) melalui kawanku lalu aku sms pada kamu apa yang kamu minta.....selepas itu kamu membalasnya "tq"..dan aku diam lg selepas itu...dan ianya berlarutan sehinggalah hari ini.......

tapi mungkin juga kerana coretan-coretanku yang mengguris perasaanmu...seolah-olah aku ini maksum seorang yang suci seorang yang terlalu baik seorang yang tak pernah melakukan kesalahan...aku hanya meluahkan apa yang tersimpan dilubuk hati ini aku hanya menegur apa yang termampu ditegur...mungkin ini kesilapanku yang amat besar kerna mengajar itik berenang sedangkan aku sendiri pun huru hara...maafkan aku..aku sebenarnya tak layak untuk menegur insan seperti kamu..aku insan yag naif insan yang tak punya harta insan yang tak punya rupa aku insan yang tak layak untuk mendampingimu aku tidak setaraf denganmu..itulah aku

aku tidak tahu mengapa akhir-akhir ini kamu begitu sensitif dengan aku...silap saja mesti bertimpa-timpa membuak-buak kemarahanmu padaku seolah-olah kamu begitu membenciku begitu dendam padaku..ianya seperti sesuatu yang telah lama terpendam hanya menunggu masa untuk meletup...andai kamu membenciku terserahlah padamu aku akan menerimanya dengan hati yang terbuka....maafkan aku 

mengapa aku diam membisu sepi tanpa berita? ya seperti yang sedia maklum aku tidak suka mengganggu kamu bila dalam keadaan begini...walau aku diam seribu bahasa namun hati ini tak mampu untuk menghalang dari berfikir tentang kamu..lalu aku menanyakan khabar kamu melalui bondamu..salah ke aku berbuat begitu? tapi aku tidak tahu apa lagi yang disampaikan bondamu padamu...mungkin kamu tidak boleh menerima perlakuan aku begitu....aku mohon maaf aku hanya bertanyakan khabar kamu....aku bertanyakan samada kamu pakai atau tidak bedak yang ustaz bagi itu...aku bertanyakan juga samada kamu bagi tau atau tidak mengapa kamu diam atau marahkan aku...bonda kamu hanya bagi tau yang kamu menyatakan aku telah sakiti hatimu tapi tak bagi tahu pula apa sebabnya....dan dia minta aku bersabar tu saja......aku juga bertanyakan pasal kalendar ada tak kamu serahkan pada bonda kamu....

andai apa yang aku buat itu menyakitkan hatimu..sekali lagi aku memohon ampun dan maaf di atas segala ketelanjuran aku itu....aku tidak mahu melihat kamu berada dalam kegusaran kegelisahan dan penuh dendam kebencian......berbahagialah kamu selamanya....

mulai saat ini usahlah kamu bimbang lagi....aku tidak akan mengganggu kamu lagi aku tidak mahu mengganggu kebahagiaan kamu tika ini..pandailah aku menguruskan diriku..terima kasih di atas segala tunjuk ajar teguran dan pengalaman yang telah kau berikan selama perkenalan kita selama ini...terima kasih yang tak terhingga juga kerna mengizinkan aku mengenalimu dan ianya mengajar aku apa erti CINTA sebenarnya yang sebelum ini aku buta dengan ungkapan itu.....


Bukan beralah Kecewa kerana cinta..Tapi berduka kecewa kerana rindu..Perjuanganku hanya satu
Bekalan hidup dan matiku..Inginku rasa bersamamu...namun aku pasrah dengan ketentuan ilahi aku redha dengan ketentuannya...aku berserah segala-galanya pada Ilahi....


Bismillaahirrohmaanirrohiimmm...................
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engkau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya.. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"

Sunday, February 20, 2011

doaku

tak pernah lekang didalam doaku...............

ya Allah jadikanlah "Dia" dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah "Dia" dengan kekayaan dengan seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi dari segala-galanya...aamiiin

sabtu 19 february 2011

4.15 pg   - terjaga dari mimpi disebabkan perutku beronar..bermulalah episod sadis hari ini
                 terus ke tandas..selesai terus kembali ke tilam empukku namun tak sampai 2 minit aku terpaksa
                 kembali lagi ke bilik kecik ku itu dan ianya berlarutan sehinggalah pukul 12.30 tengahari.....
lebih kurang pukul 2.00 ptg untuk kesekian kalinya aku terpaksa lagi masuk ke bilik itu..aduuusssssss begitu kuat dugaan padaku hari ini...selepas itu aku gagahkan diri dan hanya mampu bertahan sehingga pukul 4.30 ptg sahaja dan aku terpaksa kembali lagi ke bilik itu...aku dah hampir pitam namun aku gagahkan diri...kini menjadi semakin parah bilamana ianya diselang selikan dengan muntah dah tak ade apa-apa lagi yang keluar hanya lah air semata-mata...

7.30 mlm ianya masih berterusan lagi selepas solat maghrib untuk kali yg ke berapa aku pon dah tak ingat sekali lagi ia menyerang selepas itu aku cuba untuk keluar untuk dapatkan udara segar diluar sana..setelah bersiap-siap untuk keluar tiba-tiba perutku kembali lagi beronar aku terpaksa bergegas lagi ke bilik keramatku aduuusssssssssssssssssss......apa yang keluar hanyalah air sahaja sudah tiada apa-apa lagi yang terkandung dalam perutku kini...selepas isya' aku gagahkan diri untuk keluar mencari sedikit makanan..aku sudah tidak mampu untuk makan lagi kerana seleraku dah tertutup namun aku terpaksa untuk memulihkan tenagaku tetapi aku tak boleh makan nasik aku takut nanti termuntah..aku singgah dikedai untuk makan buah epal 2 biji selepas itu aku rasa sedikit bermaya....

bila sedikit tenagaku kembali aku gagahkan kakiku untuk mencari udara segar dan menenangkan fikiranku lalu aku terus memecut kenderaanku ke tempat futsal..aku berehat seketika disana..entah mengapa jiwa ku akan tenang bila aku berada disini tenang setenang-tenangnya dan perutku juga tidak beronar lagi....aku berehat seketika disini dan dalam diam sekonyong-konyong wajah kesayangan hamba menggamit dibenakku..tiba-tiba pipiku terasa hangat dengan aliran deras yang turun dari 2 pancainderaku kurniaan ilahi..ianya bergenang dan terus mengalir deras....aku sayang kamu aku rindu kamu.....

aku tak mahu ianya berlarutan aku terus pulang kerumah...tiba sahaja dirumah perutku kembali beronar dan juga terasa hendak termuntah aku terus ke bilik keramatku untuk kesekian kalinya(kalau tak silap perkiraanku tak kurang dari 20 kali aku keluar masuk ke tandas hari ini)....selesai solat isya' aku terus makan lagi ubat dan aku berdoa agar ianya tak menjengahku lagi insyaallah......dah macam zombie dah muka aku pucat lesi...

Thursday, February 17, 2011

BOLDNESS


♥Cinta perlu ada keberanian..tanpa keberanian impian tidak mungkin jadi satu kenyataan.
Namun bukan hanya berani meluahkan sahaja, tapi perlu juga berani berhadapan dengan sebarang kemungkinan♥

berani? ya kita mesti berani..bukan itu sahaja kita juga perlu berani untuk berubah berani untuk mencuba berani untuk melalui berani untuk merasai berani untuk ditegur berani untuk dikecam barulah kita kena berani untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan...

seharusnya kita menjadi sebahagian daripadanya bukan sekadar meniti di bibir atau sekadar bermain dengan tinta-tinta kerana semua orang boleh menuturkannya atau mencoretkannya tapi tak semua yang betul-betul berani melaksanakannya....sepertikata pujangga "orang tidak mahu lihat atau dengar seberapa banyak benda atau kerja yang boleh kita buat tetapi orang akan lihat dan kagum dengan seberapa banyak benda/kerja yang boleh kita siapkan" ini bermakna setiap tutur bicara kita mestilah selari dengan perbuatan kita...bila kita berani mengeluarkan kenyataan kita juga mestilah berani melaksanakannya...


bila kita sudah berani atau bersedia untuk menjadi berani seharusnyalah kita juga sudah bersedia atau berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan...kita sudah berani untuk menghadapi kegembiraan dan yang paling besar kita sudah berani untuk menerima kehilangan..

mengapa begitu?
setelah banyak perkara dilalui setelah segala usaha dibuat segala ikhtiar dibuat tibalah masanya untuk berserah kepada yang maha kuasa allah swt kerana segala-galanya adalah perancangan yang maha terbaik dari allah swt juga....kita hanya mampu merancang allah yang akan tentukan segala-galanya....oleh yang demikian bersedialah untuk menerima ketentuan dari ilahi......


Monday, February 14, 2011

kesederhanaan


♥Cinta amat mhal takrifannya.Itulah yg difitrahkan Allah s.w.t kpd hambaNya. Cnta hnya trtulis pd pkataan,tp gagal di lht pd zahirnya.Krna cnta itu tggjwb dmna wujudnya ksetiaan & kjujuran ddlmnya.Ingt pd yg SATU,JUJUR pd yg SETIA,SETIA pd yg KASIH,KaSIH pd yg RINDU,RINDU lh pd yg mnyayangimu.INGAT!!Cinta xkn dtg klu x dcari & ia xkn dpt klu tiada yg mberi.Tp mncarinya biarlh pd yg sudi.BKN MEMINTA PD YG SIMPATI♥

bagi mereka yang terlalu inginkan kesempurnaan inilah ungkapan yang biasanya keluar dari bibir mereka...
seperti diibaratkan jikalau makan nasi mesti ada lauknya ada kuahnya ada penambah rasanya ada ulam ulamannya jikalau tidak lengkap maka tak makan lah akan ia nasi itu...

jika semua itu kita inginkan..sampai bila ianya akan menjadi kenyataan...bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri ini..

bagi insan seperti aku ini yang serba kekurangan cukuplah hanya sekadar makan nasi sahaja tanpa lauk..itupun sudah syukur..andai aku lapar aku akan meminta dengan sesiapa yang sudi atau yang simpati pada aku...dan jasanya akan aku kenang sampai bila-bila dan andai termampu aku akan membalas budi baiknya pada aku..sekurang-kurangnya ia juga akan menimbulkan kasih dan sayang pada pengakhirannya...

andai aku inginkan kesemuanya..mampu ke aku untuk menyediakan kesemuanya...cukuplah sekadar yang aku termampu...ukuran baju badan sendiri kita tepuk dada ini.

bertahta di hati.....


Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

(Bridge)
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

(Korus)
Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

(Ulang bridge)

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang

(Ulang korus)

Sunday, February 13, 2011

tekanan

aku cukup tidak suka bila aku ditekan
bila aku ditekan aku akan memberontak
itulah biasanya apa yang keluarga aku ungkapkan tentang diriku

tapi kini aku sudah boleh berfikir secara rasional
allah berikan kita akal untuk berfikir
kita sudah meningkat usia
pemiikiran kita juga harus berubah
usah terlalu genggam yang lalu

kamu juga pun sama seperti aku
kamu pun tidak suka ditekan dipaksa
seperti aku juga keluarga kamu juga memberitahu perkara yang sama
kamu tidak boleh dipaksa ditekan
bila demikian kamu akan memberontak

tapi.......sampai bila??
kalau asyik memberontak itu tandanya kita ini tidak boleh ditegur

berubahlah....
aku tahu kamu cukup-cukup membenci bila ada yang menyuruh kamu berubah
sebab bagi kamu, kamu sudah banyak berubah
janganlah kita menilai diri kita sendiri

berubahlah...
kita selalu kata "biarlah orang nak kata apa pun"
tapi bila orang bercakap tentang perkara-perkara yang tak baik mengenai kita, kita akan melenting
sampai bila kita nak dengar perkara-perkara sebegini
berapa kuat kita untuk menghadapi situasi ini
mampu ke kita untuk menyerap segala tekanan ini
berubahlah..............

sahutlah cabaranku ini..."BERUBAHLAH"
kalau betul kamu mahu berubah sahutlah cabaranku ini
nanti aku akan ceritakannya bagaimana........

tapi sebelum tu sama-samalah kita berdoa kpd allah swt
agar sentiasa diberi petunjuk dan perlindungan dari allah swt...insyaallah

hilang dalam terang

aku tahu kamu marahkan aku
aku tahu kamu berselindung dengan ku
berterus teranglah
aku tiada hak untuk menghalang kamu
siapa aku untuk menghalang kamu
janganlah jadi seorang yang hipokrit
itulah kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telingaku
yang pernah kau ucapkan padaku suatu ketika dulu
jujurlah pada diri sendiri
jujurlah pada orang lain
takutlah akan balasan dari allah

aku bersyukur andai aku dipertemukan jodoh dengan kamu
aku juga redha dengan ketentuanNya andai kamu tidak memilihku
aku harus menerima kenyataan ini
aku memang meletakkan diri kamu pada satu peringkat yang teristimewa
andai kamu memilihku alhamdulillah ia adalah satu rahmat buatku
andai kamu memang betul-betul menolakku itu adalah apa yang sepatutnya keputusan yang harus aku dapat

berfikirlah sebaik-baiknya demi kebahagiaanmu
andai kamu fikir seseorang itu adalah yang terbaik buat kamu
buatlah keputusan yang sepatutnya...
andai kamu fikir suami orang adalah yang terbaik untuk dirimu
buatlah yang terbaik...
buatlah dengan jalan yang lurus jalan yang jujur
tak perlu untuk sembunyi-sembunyi
tak perlu untuk berdolak dalik
tak perlu untuk menipu sesiapa lagi
tak perlu untuk hipokrit lagi

apa yang aku coretkan hari ini adalah demi kebaikan kamu
aku tak peduli lagi andai coretanku kali ini mengguris hati dan perasaanmu
aku tak peduli lagi apa tanggapanmu padaku selepas ini
aku sudah buat segala yang terbaik untukmu
aku sudah buat segala-galanya untukmu
terserahlah padamu.......
tiada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan keputusan kamu

buatlah secara jujur ikhlas dan penuh hemah...
buktikankanlah bukan dengan kata-kata
buktikanlah dengan perbuatanmu
setiap tutur bicaramu tidak selari dengan perjalanan hidupmu

kamu mengatakan yang kamu sudah banyak berubah
betul ke dah banyak berubah...
kita tak mampu untuk menilai diri kita sendiri
kalau kita sendiri yang buat penilaian
maka tiada kecacatanlah kita
kita akan sentiasa hebat bagus baik etc....
kalau itulah yang selalu kita buat ( menilai diri sendiri)
itu tandanya memang kita tak suka ditegur
memang kita tak mahu perubahan
kita takut akan kebebasan kita sekarang terhalang
kita takut akan keseronokan sekarang terhenti
maka terpancullah kata-kata
"aku belum bersedia"
"persetankan apa yang orang nak kata"
"aku dah lali dengan semua tohmahan itu"
"kalau rasa dah tak boleh nak carry on lagi dengan relationship kita, sila lah undur diri, saya tak kisah"

maafkan aku...aku tahu coretanku ini mengguris hati dan perasaan kamu

Sunday, February 6, 2011

syukur

ALHAMDULILLAH............
syukur ke hadrat allah swt
kerna telah membuka pintu hati mu untuk cuba berikhtiar

aku sekarang sudah merasakan yang kemuncaknya sudah tiba
aku harus menerima tiap tutur bicara yang diucapkan
dalam membuat keputusanmu walau dlm senda gurau sekalipon.....
kerna setiap gurauan itu adalah lahir dari isi hati sebenar seseorang itu...

aku sudah cukup untuk berpuas hati
aku tak perlu lagi untuk kecewa
aku sudah ikhtiarkan apa yang termampu
aku sudah melihat keceriaan didalam wajah ayumu itu
jauh kedalam matamu yang jernih juga sudah terbayang kebahagiaan
kerna itulah yang aku ingin lihat...
dan kini aku sudah boleh untuk memulakan langkahan keluar
aku tak mahu lagi mengganggu hidupmu yang kian ceria kini
aku tak mahu tubuh badanku ini, bayangku ini mengganggu kisah hidupmu kini...
aku tak mahu lagi menimbulkan rasa malu kamu bila berganding denganku

walaupun kita mungkin tidak ditakdirkan bersatu
tapi aku harus berasa suka bila aku dapat melihat kebahagiaan dalam dirimu
itu sudah cukup untuk membahagiakan hidupku nanti

tanggungjawabku padamu kini kurasakan sudah selesai
walaupun perjuangan sebenarku masih belum selesai
aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu......

"TINGGAL KASIHKU TINGGAL SAYANGKU...TINGGAL...TINGGAL..BERTEMU LAGI BERJUMPA LAGI ..TINGGAL..TINGGAL"