Sunday, March 15, 2020

Seribu lidah bayan, seribu tafsiran tentang kebenaran. Jarak lidah dan kata, semakna cuma.
- shapiai mohd ramly -
di mana silapnya kata-kataku, salahkah aku berkata benar. aku tak mahu jadi seorang yang hipokrit..kadang-kadang aku terfikir mengapa ada sesetengah ibu bapa tidak pernah menegur apa yang kita buat..mengapa begitu?
ada sesetangah ibu bapa memang tidak pernah pedulikan anak-anak mereka tapi bagi aku mungkin sebilangan saja.
pernahkah kita terfikir betapa ibu bapa kita sayangkan kita sehingga tak sanggup untuk menegur apa yang dibuat oleh kita..takut kita tersinggung, takut kita kecewa, takut kita akan buat perkara yang tak diingini..mungkin ada yang takut berlaku kembali peristiwa-peristiwa lampau....ada dikalangan anak-anak ini berkata "kamu nak tegur aku? ibu bapa aku tak pernah tegur pun aku buat benda-benda ni semua..siapa kamu nak tegur aku?" tapi pernah tak kita terfikir sebab-sebab mengapa ibu bapa kita tak tegur kita? apabila mereka diam atau tidak pernah mengusul lebih jauh atau bertanya lebih-lebih apa yang kita buat kemana kita hendak pergi....apakah mereka benarkan apa saja yang kita lakukan? izinkah mereka kemana kita hendak pergi? tapi yang paling penting, apakah semua yang kita lakukan ini mendapat restu kedua ibu bapa kita?..jangan sampai ibu bapa kita mengalirkan air mata kerana perlakuan kita dan yang lebih menyedihkan lagi kita tak tahu pun yang mereka menangis kerana kita.. janganlah kita terlalu mengikut kebiasaan kehidupan kita seharian..kita sudah meningkat dewasa semakin matang dalam kehidupan...berfikirlah sejenak, apa salahnya kita cuba berubah..adakalanya kita cakap kita belum bersedia tapi sampai bila baru kita nak bersedia..nak tunggu semua itu datang bergolek atas ribaan kita baru kita nak berubah, nanti dah terhantuk baru kita nak tengadah, usahlah kita seperti pak kaduk menang sorak tapi kampung tergadai..hentikanlah kebebasan masa sekarang hentikanlah keseronokan masa sekarang fikirkanlah tanggungjawab kita sebagai seorang anak dan seorang yang telah matang dalam kehidupan untuk menjalani hari yang mendatang.........
ingatlah bahawa kemana saja kita pergi, apa saja yang kita lakukan, kita membawa bersama nama keluarga kita dan bermohonlah agar allah sentiasa bersama kita...wallahua'lam