Thursday, April 29, 2010

mungkinkah tertawa

 hari yang suram
sesuram hati ini
saat ini ku cuba untuk tidak emosional
walaupon sudah beberapa kali
air mata ku hampir luruh.....

mungkinkah tertawa??????????

Tuesday, April 27, 2010

HAMPIR


masa makin menyemburui aku
masa makin cepat berlalu
masa sehari-hari makin pantas berdetik
ia makin hampir

makin hari aku jadi tak menentu
nafasku tak keruan lagi
kini aku menanti detiknya kan tiba
ia makin hampir
saat ini aku cuba mengembirakan hati ini
hati yang cukup-cukup terkeliru
hati yang cukup-cukup terluka
hati yang cukup-cukup sendu
ia makin hampir
semakin hari semakin kuat wajah-wajah
kesayangan aku di sini bermain di benak ku
semakin hari semakin kuat rasa sayang aku pada mereka
semakin hari semakin aku menjadi
serba tak kena tiap kali aku memandang
wajah-wajah kesayangan aku
ia semakin hampir
untuk wajah-wajah kesayangan aku
jangan tangisi pemergian ku ini
kerna kamu tetap kekal di lubuk hatiku......

Thursday, April 22, 2010

aku tersentak langsung tersedar


tergamam, terkejut, terkedu, sedih
inilah situasi pertama bila aku menatap sepucuk surat
Allah...inilah perkataan pertama yg terkeluar dari mulut aku
tatkala aku membaca surat itu.....
kena tukar???????????
ketika itu tuhan saja yang tahu betapa aku gundah gulana
tak keruan aku dibuatnya..
hinggakan petang itu aku tak mampu untuk melatih budak2 ragbi aku
untuk kejohanan ragbi mssm terengganu
latihan petang tu aku serahkan kepada pengerusi teknik saja....
malam menjelma...
aku tak tau kenapa aku rasa cukup bosan....
dalam aku mengelamun tiba2 terdengar telefon ku berbunyi menandakan ada mesej masuk
aku baca mesej tu...rupe2nye sahabatku yg hantar msj...
aku pon trus je bace...
"perpisahan satu penyeksaan. walaupon dekat tapi tersa beribu batu. aku rasa tiada org lain selain aku dgn zmang yang paling merasa kehilanganmu. sahabat..pergimu mungkin ada yang meraikannya tapi lebih ramai yang menangisi...sahabat sbenarnya sekolah ni tidak menyedari ia telah kehilangan sebatang LILIN!!!"
"sabar la sahabatku..tuhan tak menzalimi hambanya..di sebalik tangisan insyaallah kegembiraan pasti menjelma..tunggulah saatnya pasti akan tiba"
"harus diakui, jauh dilubuk hati kehilanganmu pasti sangat dirasai..gelak tawamu pasti dirindui, pejabat terasa sepi..kekuranganmu terlalu sedikit berbanding kelebihan yang dimiliki...sengatan lipan tempoh hari rupenya petanda satu tragedi..aku akan kehilangan seorang sahabat sejati..insan bergelar peja tanpanama yang susah dan senang sentiasa bersama.."
"sesungguhnya padang itu menjadi saksi..insan yang banyak berbakti tanpa minta dihargai tapi itulah duniawi, insan yang tak pandai mengampu untuk dipuji akan sentiasa dipandang sepi..betapa sedih anak didikmu setelah pemergianmu, mana lagi guru yang akan mendidik mereka setanding dirimu"

tiba2 air mata jantanku gugur bile membaca mesej tersebut....
aku tak mampu untuk menahannya...ada juga insan yang mengambil berat diri ini...
terlalu tinggi penilaiannya padaku
aku tak mampu untuk berkata-kata lagi..lidahku kelu
mlm tu aku menangis sepuas-puasnya..aku tak malu lg

keesokan harinya aku ke sekolah
semasa aku memberi taklimat untuk budak2 ragbi dan bola
sekali lagi aku tak mampu untuk menahan air mataku dari gugur
apabila aku terpandang pd muka budak2 aku..mereka menangis
mereka dah tak dgr lg ape yg aku cakapkan (rupa2nya mereka dah tau aku akan bertukar)
akhirnya aku terpaksa berhenti dan suruh diorang masuk kelas.....

aku sayang kamu semua.......