Monday, July 18, 2011

PERGI

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi


Sunday, June 26, 2011

alhamdulillah....akhirnya aku dijemput ke sana

pada pagi jumaat yang lepas ( 24/06/2011)
tak kala aku masih lagi dibuai mimpi
aku telah dikejutkan dengan deringan telefonku
rupa-rupanya panggilan dari rumahku

selesai saje aku bercakap dengan bondaku
aku tersenyum tiba-tiba
aku bersyukur kehadrat ilahi
akhirnya aku dijemput ke sana......

ya allah ya tuhanku aku bermohon padamu 
agar aku diberikan petunjuk di sana nanti
tunjukkanlah aku jalan yang lurus....
permudahkanlah segala urusan aku di sana.....

Tuesday, June 14, 2011

???????????????

confuse........
menyamarkah
berlakonkah
ambil hati ke......
aku tahu hatimu kini cukup jauh
aku menghormati keputusan mu itu...

pada zahirnya ku rasakan seperti mati hidup kembali
namun begitu apakah hukuman yang kau berikan padaku
berapa lama lagi kau nak menghukum aku....
apakah yang masih membengkak di lubuk hatimu

aku telah jelaskan serba sedikit padamu
ku sangkakan kamu telah menerimanya
namun hari berganti aku perhatikan masih ada yang terbuku dihatimu
LUAHKANLAH.................
jangan lah kau pendamkannya

jika kau merasa aku bersalah 
maafkanlah diriku
luahkanlah apa yang terbuku itu...

disini aku menyusun sepuluh jari
ku pohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki

BERIKANLAH PELUANG KEPADAKU SEKALI LAGI......

aku tak mampu untuk meneruskan hidup ini tanpamu
aku amat menyayangimu setulus hati ini.....

"Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu..."

Tuesday, April 26, 2011

sedetik lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Saturday, April 16, 2011

di dalam sepi itu

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Monday, February 21, 2011

nokhtah...................

assalamualaikum.........
sebelum aku meneruskan dan meleretkan lagi coretan ini izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai coretan ini mengguris lagi hati kamu.....

hari ini sudah genap seminggu kita tidak bercakap tidak ber'sms' dan bersua muka serta bertanya khabar...aku tahu kamu memang marahkan aku dengan tindak tandukku kebelakangan ini....dimulai dengan aku tidak membalas sms mu..pernahkah kau bertanya mengapa aku tidak membalasnya?(perlu ke kamu bertanya? aku ini bukan apa2 pun bg kamu kan) pada hari itu apabila kawanmu menelefonku memberitahu yang kamu marahkan aku sebab tak membalas sms aku terus mencubanya dapatkan sedikit kredit kedlm telefonku(maklumlah aku bukannya orang yang berharta) melalui kawanku lalu aku sms pada kamu apa yang kamu minta.....selepas itu kamu membalasnya "tq"..dan aku diam lg selepas itu...dan ianya berlarutan sehinggalah hari ini.......

tapi mungkin juga kerana coretan-coretanku yang mengguris perasaanmu...seolah-olah aku ini maksum seorang yang suci seorang yang terlalu baik seorang yang tak pernah melakukan kesalahan...aku hanya meluahkan apa yang tersimpan dilubuk hati ini aku hanya menegur apa yang termampu ditegur...mungkin ini kesilapanku yang amat besar kerna mengajar itik berenang sedangkan aku sendiri pun huru hara...maafkan aku..aku sebenarnya tak layak untuk menegur insan seperti kamu..aku insan yag naif insan yang tak punya harta insan yang tak punya rupa aku insan yang tak layak untuk mendampingimu aku tidak setaraf denganmu..itulah aku

aku tidak tahu mengapa akhir-akhir ini kamu begitu sensitif dengan aku...silap saja mesti bertimpa-timpa membuak-buak kemarahanmu padaku seolah-olah kamu begitu membenciku begitu dendam padaku..ianya seperti sesuatu yang telah lama terpendam hanya menunggu masa untuk meletup...andai kamu membenciku terserahlah padamu aku akan menerimanya dengan hati yang terbuka....maafkan aku 

mengapa aku diam membisu sepi tanpa berita? ya seperti yang sedia maklum aku tidak suka mengganggu kamu bila dalam keadaan begini...walau aku diam seribu bahasa namun hati ini tak mampu untuk menghalang dari berfikir tentang kamu..lalu aku menanyakan khabar kamu melalui bondamu..salah ke aku berbuat begitu? tapi aku tidak tahu apa lagi yang disampaikan bondamu padamu...mungkin kamu tidak boleh menerima perlakuan aku begitu....aku mohon maaf aku hanya bertanyakan khabar kamu....aku bertanyakan samada kamu pakai atau tidak bedak yang ustaz bagi itu...aku bertanyakan juga samada kamu bagi tau atau tidak mengapa kamu diam atau marahkan aku...bonda kamu hanya bagi tau yang kamu menyatakan aku telah sakiti hatimu tapi tak bagi tahu pula apa sebabnya....dan dia minta aku bersabar tu saja......aku juga bertanyakan pasal kalendar ada tak kamu serahkan pada bonda kamu....

andai apa yang aku buat itu menyakitkan hatimu..sekali lagi aku memohon ampun dan maaf di atas segala ketelanjuran aku itu....aku tidak mahu melihat kamu berada dalam kegusaran kegelisahan dan penuh dendam kebencian......berbahagialah kamu selamanya....

mulai saat ini usahlah kamu bimbang lagi....aku tidak akan mengganggu kamu lagi aku tidak mahu mengganggu kebahagiaan kamu tika ini..pandailah aku menguruskan diriku..terima kasih di atas segala tunjuk ajar teguran dan pengalaman yang telah kau berikan selama perkenalan kita selama ini...terima kasih yang tak terhingga juga kerna mengizinkan aku mengenalimu dan ianya mengajar aku apa erti CINTA sebenarnya yang sebelum ini aku buta dengan ungkapan itu.....


Bukan beralah Kecewa kerana cinta..Tapi berduka kecewa kerana rindu..Perjuanganku hanya satu
Bekalan hidup dan matiku..Inginku rasa bersamamu...namun aku pasrah dengan ketentuan ilahi aku redha dengan ketentuannya...aku berserah segala-galanya pada Ilahi....


Bismillaahirrohmaanirrohiimmm...................
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engkau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya.. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"

Sunday, February 20, 2011

doaku

tak pernah lekang didalam doaku...............

ya Allah jadikanlah "Dia" dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah "Dia" dengan kekayaan dengan seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi dari segala-galanya...aamiiin

sabtu 19 february 2011

4.15 pg   - terjaga dari mimpi disebabkan perutku beronar..bermulalah episod sadis hari ini
                 terus ke tandas..selesai terus kembali ke tilam empukku namun tak sampai 2 minit aku terpaksa
                 kembali lagi ke bilik kecik ku itu dan ianya berlarutan sehinggalah pukul 12.30 tengahari.....
lebih kurang pukul 2.00 ptg untuk kesekian kalinya aku terpaksa lagi masuk ke bilik itu..aduuusssssss begitu kuat dugaan padaku hari ini...selepas itu aku gagahkan diri dan hanya mampu bertahan sehingga pukul 4.30 ptg sahaja dan aku terpaksa kembali lagi ke bilik itu...aku dah hampir pitam namun aku gagahkan diri...kini menjadi semakin parah bilamana ianya diselang selikan dengan muntah dah tak ade apa-apa lagi yang keluar hanya lah air semata-mata...

7.30 mlm ianya masih berterusan lagi selepas solat maghrib untuk kali yg ke berapa aku pon dah tak ingat sekali lagi ia menyerang selepas itu aku cuba untuk keluar untuk dapatkan udara segar diluar sana..setelah bersiap-siap untuk keluar tiba-tiba perutku kembali lagi beronar aku terpaksa bergegas lagi ke bilik keramatku aduuusssssssssssssssssss......apa yang keluar hanyalah air sahaja sudah tiada apa-apa lagi yang terkandung dalam perutku kini...selepas isya' aku gagahkan diri untuk keluar mencari sedikit makanan..aku sudah tidak mampu untuk makan lagi kerana seleraku dah tertutup namun aku terpaksa untuk memulihkan tenagaku tetapi aku tak boleh makan nasik aku takut nanti termuntah..aku singgah dikedai untuk makan buah epal 2 biji selepas itu aku rasa sedikit bermaya....

bila sedikit tenagaku kembali aku gagahkan kakiku untuk mencari udara segar dan menenangkan fikiranku lalu aku terus memecut kenderaanku ke tempat futsal..aku berehat seketika disana..entah mengapa jiwa ku akan tenang bila aku berada disini tenang setenang-tenangnya dan perutku juga tidak beronar lagi....aku berehat seketika disini dan dalam diam sekonyong-konyong wajah kesayangan hamba menggamit dibenakku..tiba-tiba pipiku terasa hangat dengan aliran deras yang turun dari 2 pancainderaku kurniaan ilahi..ianya bergenang dan terus mengalir deras....aku sayang kamu aku rindu kamu.....

aku tak mahu ianya berlarutan aku terus pulang kerumah...tiba sahaja dirumah perutku kembali beronar dan juga terasa hendak termuntah aku terus ke bilik keramatku untuk kesekian kalinya(kalau tak silap perkiraanku tak kurang dari 20 kali aku keluar masuk ke tandas hari ini)....selesai solat isya' aku terus makan lagi ubat dan aku berdoa agar ianya tak menjengahku lagi insyaallah......dah macam zombie dah muka aku pucat lesi...

Thursday, February 17, 2011

BOLDNESS


♥Cinta perlu ada keberanian..tanpa keberanian impian tidak mungkin jadi satu kenyataan.
Namun bukan hanya berani meluahkan sahaja, tapi perlu juga berani berhadapan dengan sebarang kemungkinan♥

berani? ya kita mesti berani..bukan itu sahaja kita juga perlu berani untuk berubah berani untuk mencuba berani untuk melalui berani untuk merasai berani untuk ditegur berani untuk dikecam barulah kita kena berani untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan...

seharusnya kita menjadi sebahagian daripadanya bukan sekadar meniti di bibir atau sekadar bermain dengan tinta-tinta kerana semua orang boleh menuturkannya atau mencoretkannya tapi tak semua yang betul-betul berani melaksanakannya....sepertikata pujangga "orang tidak mahu lihat atau dengar seberapa banyak benda atau kerja yang boleh kita buat tetapi orang akan lihat dan kagum dengan seberapa banyak benda/kerja yang boleh kita siapkan" ini bermakna setiap tutur bicara kita mestilah selari dengan perbuatan kita...bila kita berani mengeluarkan kenyataan kita juga mestilah berani melaksanakannya...


bila kita sudah berani atau bersedia untuk menjadi berani seharusnyalah kita juga sudah bersedia atau berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan...kita sudah berani untuk menghadapi kegembiraan dan yang paling besar kita sudah berani untuk menerima kehilangan..

mengapa begitu?
setelah banyak perkara dilalui setelah segala usaha dibuat segala ikhtiar dibuat tibalah masanya untuk berserah kepada yang maha kuasa allah swt kerana segala-galanya adalah perancangan yang maha terbaik dari allah swt juga....kita hanya mampu merancang allah yang akan tentukan segala-galanya....oleh yang demikian bersedialah untuk menerima ketentuan dari ilahi......


Monday, February 14, 2011

kesederhanaan


♥Cinta amat mhal takrifannya.Itulah yg difitrahkan Allah s.w.t kpd hambaNya. Cnta hnya trtulis pd pkataan,tp gagal di lht pd zahirnya.Krna cnta itu tggjwb dmna wujudnya ksetiaan & kjujuran ddlmnya.Ingt pd yg SATU,JUJUR pd yg SETIA,SETIA pd yg KASIH,KaSIH pd yg RINDU,RINDU lh pd yg mnyayangimu.INGAT!!Cinta xkn dtg klu x dcari & ia xkn dpt klu tiada yg mberi.Tp mncarinya biarlh pd yg sudi.BKN MEMINTA PD YG SIMPATI♥

bagi mereka yang terlalu inginkan kesempurnaan inilah ungkapan yang biasanya keluar dari bibir mereka...
seperti diibaratkan jikalau makan nasi mesti ada lauknya ada kuahnya ada penambah rasanya ada ulam ulamannya jikalau tidak lengkap maka tak makan lah akan ia nasi itu...

jika semua itu kita inginkan..sampai bila ianya akan menjadi kenyataan...bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri ini..

bagi insan seperti aku ini yang serba kekurangan cukuplah hanya sekadar makan nasi sahaja tanpa lauk..itupun sudah syukur..andai aku lapar aku akan meminta dengan sesiapa yang sudi atau yang simpati pada aku...dan jasanya akan aku kenang sampai bila-bila dan andai termampu aku akan membalas budi baiknya pada aku..sekurang-kurangnya ia juga akan menimbulkan kasih dan sayang pada pengakhirannya...

andai aku inginkan kesemuanya..mampu ke aku untuk menyediakan kesemuanya...cukuplah sekadar yang aku termampu...ukuran baju badan sendiri kita tepuk dada ini.

bertahta di hati.....


Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

(Bridge)
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

(Korus)
Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

(Ulang bridge)

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang

(Ulang korus)

Sunday, February 13, 2011

tekanan

aku cukup tidak suka bila aku ditekan
bila aku ditekan aku akan memberontak
itulah biasanya apa yang keluarga aku ungkapkan tentang diriku

tapi kini aku sudah boleh berfikir secara rasional
allah berikan kita akal untuk berfikir
kita sudah meningkat usia
pemiikiran kita juga harus berubah
usah terlalu genggam yang lalu

kamu juga pun sama seperti aku
kamu pun tidak suka ditekan dipaksa
seperti aku juga keluarga kamu juga memberitahu perkara yang sama
kamu tidak boleh dipaksa ditekan
bila demikian kamu akan memberontak

tapi.......sampai bila??
kalau asyik memberontak itu tandanya kita ini tidak boleh ditegur

berubahlah....
aku tahu kamu cukup-cukup membenci bila ada yang menyuruh kamu berubah
sebab bagi kamu, kamu sudah banyak berubah
janganlah kita menilai diri kita sendiri

berubahlah...
kita selalu kata "biarlah orang nak kata apa pun"
tapi bila orang bercakap tentang perkara-perkara yang tak baik mengenai kita, kita akan melenting
sampai bila kita nak dengar perkara-perkara sebegini
berapa kuat kita untuk menghadapi situasi ini
mampu ke kita untuk menyerap segala tekanan ini
berubahlah..............

sahutlah cabaranku ini..."BERUBAHLAH"
kalau betul kamu mahu berubah sahutlah cabaranku ini
nanti aku akan ceritakannya bagaimana........

tapi sebelum tu sama-samalah kita berdoa kpd allah swt
agar sentiasa diberi petunjuk dan perlindungan dari allah swt...insyaallah

hilang dalam terang

aku tahu kamu marahkan aku
aku tahu kamu berselindung dengan ku
berterus teranglah
aku tiada hak untuk menghalang kamu
siapa aku untuk menghalang kamu
janganlah jadi seorang yang hipokrit
itulah kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telingaku
yang pernah kau ucapkan padaku suatu ketika dulu
jujurlah pada diri sendiri
jujurlah pada orang lain
takutlah akan balasan dari allah

aku bersyukur andai aku dipertemukan jodoh dengan kamu
aku juga redha dengan ketentuanNya andai kamu tidak memilihku
aku harus menerima kenyataan ini
aku memang meletakkan diri kamu pada satu peringkat yang teristimewa
andai kamu memilihku alhamdulillah ia adalah satu rahmat buatku
andai kamu memang betul-betul menolakku itu adalah apa yang sepatutnya keputusan yang harus aku dapat

berfikirlah sebaik-baiknya demi kebahagiaanmu
andai kamu fikir seseorang itu adalah yang terbaik buat kamu
buatlah keputusan yang sepatutnya...
andai kamu fikir suami orang adalah yang terbaik untuk dirimu
buatlah yang terbaik...
buatlah dengan jalan yang lurus jalan yang jujur
tak perlu untuk sembunyi-sembunyi
tak perlu untuk berdolak dalik
tak perlu untuk menipu sesiapa lagi
tak perlu untuk hipokrit lagi

apa yang aku coretkan hari ini adalah demi kebaikan kamu
aku tak peduli lagi andai coretanku kali ini mengguris hati dan perasaanmu
aku tak peduli lagi apa tanggapanmu padaku selepas ini
aku sudah buat segala yang terbaik untukmu
aku sudah buat segala-galanya untukmu
terserahlah padamu.......
tiada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan keputusan kamu

buatlah secara jujur ikhlas dan penuh hemah...
buktikankanlah bukan dengan kata-kata
buktikanlah dengan perbuatanmu
setiap tutur bicaramu tidak selari dengan perjalanan hidupmu

kamu mengatakan yang kamu sudah banyak berubah
betul ke dah banyak berubah...
kita tak mampu untuk menilai diri kita sendiri
kalau kita sendiri yang buat penilaian
maka tiada kecacatanlah kita
kita akan sentiasa hebat bagus baik etc....
kalau itulah yang selalu kita buat ( menilai diri sendiri)
itu tandanya memang kita tak suka ditegur
memang kita tak mahu perubahan
kita takut akan kebebasan kita sekarang terhalang
kita takut akan keseronokan sekarang terhenti
maka terpancullah kata-kata
"aku belum bersedia"
"persetankan apa yang orang nak kata"
"aku dah lali dengan semua tohmahan itu"
"kalau rasa dah tak boleh nak carry on lagi dengan relationship kita, sila lah undur diri, saya tak kisah"

maafkan aku...aku tahu coretanku ini mengguris hati dan perasaan kamu

Sunday, February 6, 2011

syukur

ALHAMDULILLAH............
syukur ke hadrat allah swt
kerna telah membuka pintu hati mu untuk cuba berikhtiar

aku sekarang sudah merasakan yang kemuncaknya sudah tiba
aku harus menerima tiap tutur bicara yang diucapkan
dalam membuat keputusanmu walau dlm senda gurau sekalipon.....
kerna setiap gurauan itu adalah lahir dari isi hati sebenar seseorang itu...

aku sudah cukup untuk berpuas hati
aku tak perlu lagi untuk kecewa
aku sudah ikhtiarkan apa yang termampu
aku sudah melihat keceriaan didalam wajah ayumu itu
jauh kedalam matamu yang jernih juga sudah terbayang kebahagiaan
kerna itulah yang aku ingin lihat...
dan kini aku sudah boleh untuk memulakan langkahan keluar
aku tak mahu lagi mengganggu hidupmu yang kian ceria kini
aku tak mahu tubuh badanku ini, bayangku ini mengganggu kisah hidupmu kini...
aku tak mahu lagi menimbulkan rasa malu kamu bila berganding denganku

walaupun kita mungkin tidak ditakdirkan bersatu
tapi aku harus berasa suka bila aku dapat melihat kebahagiaan dalam dirimu
itu sudah cukup untuk membahagiakan hidupku nanti

tanggungjawabku padamu kini kurasakan sudah selesai
walaupun perjuangan sebenarku masih belum selesai
aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu......

"TINGGAL KASIHKU TINGGAL SAYANGKU...TINGGAL...TINGGAL..BERTEMU LAGI BERJUMPA LAGI ..TINGGAL..TINGGAL"

Monday, January 31, 2011

kegelisahan

hey..kenapa gelisah tak tentu haluan
bingungkan masa depan atau hari silam
hela nafas panjang tanamkan keyakinan

apa sebenarnya makna kegelisahan ini..
aku tak mengerti..aku sendiri sukar untuk memahaminya

namun bila diterokai dijelajahi
aku sudah menjangkakan
semuanya keranamu
aku terlalu rindukan kamu
rindu rindu rindu
hanya tuhan saja yang tahu.........
betapa rinndunya aku padamu

Tuesday, January 25, 2011

aku tak mampu untuk menatap wajahmu kini
aku hanya mampu untuk menatapnya seketika
ku tak mampu lagi untuk merenung jauh ke dalam matamu (hakikatnya aku belum betul-betul menatapnya)

tiap kali ku pandang wajah ayumu
tiap kali ku pandang wajah manjamu
tiap kali aku terpandang wajah sucimu
tiap kali aku terpandang wajah riangmu
aku menjadi begitu sayu
tiap kali terlintas apa yang dilakukan padamu
tiap kali itulah air mataku yang jernih ini mengalir

namun begitu bila berhadapan denganmu
aku mampu untuk menyembunyikan segala-galanya darimu
aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberikanku kekuatan

mengapalah begitu kejamnya manusia ini
dimanakah letaknya perikemanusiaannya
percayalah dengan ketentuan allah
terimalah apa yang telah ditentukannya

sampai bila kita mahu semua keinginan kita dipenuhi
sampai bila...?sampai bila...?sampai bila...?

pernahkah kita terfikir yang kita ini selalu gagal dalam menjalani suruhan Nya
cukupkah 5 rukun islam kita amalkan
percayakah dengan 6 rukun iman yang diberi kepada kita
apakah kita amalkan apa saja suruhanNya
apakah kita tinggalkan apa saja laranganNya

itu hanyalah sekelumit saja jika hendak bandingkannya
ingatlah....betapa kerdilnya kita
bila-bila masa saja allah boleh tarik balik keistimewaan yang ada pada kita
ingatlah......

namun begitu...kita juga harus bersyukur
kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya
cuma masa saja yang akan membezakannya
samada cepat atau lambat...

disini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasihku padamu
kerana sudi mengikut aku untuk berikhtiar
usahlah kau berfikir jauh-jauh kerna
hatiku ini jujur ingin membantu
percayalah..ini bukannya omongan kosong
aku ikhlas ingin membantumu

Sunday, January 23, 2011

sihir...

mengapa perlu marah jika itu bukan rezeki kita
mengapa perlu maki hamun jika hasrat tidak tercapai
mengapa perlu dendam jika tidak diterima

dalam laut boleh diduga tapi hati manusia siapa yang tahu
tidak pernah terfikirkah mereka ini dengan apa yang dilakukan kepada insan lain
pernahkah terfikir akan akibat dari niat yang busuk itu...

aku cukup tersentuh bila dapat tahu berita yang sebegitu rupa
aku tidak mampu untuk mengawal emosiku
nafsu amarahku memuncak dengan tiba-tiba
lalu hati kecilku menangis tersedu sedan
fikiranku mula mengamuk dan hatiku berkecamuk

ikutkan hatiku..malam itu aku mahu menangis secukup-cukupnya
tapi alhamdulillah tiba-tiba kekuatanku kembali
aku cukup-cukup terasa kerana sebelum ini
aku pernah merasai saat-saat segenting itu


didalam benakku kini hanya berkisar tentang dirimu
aku hanya mahu melihat kau bahagia
biarlah apa sekalipon tanggapan orang kepadaku
sejujurnya aku mahu melihat kau seperti insan-insan lain

walau aku sudah dipinggirkan

walau aku sudah dilontarkan ditengah lautan
namun aku tetap tidak akan beranjak walau seinci pon
apa yang aku ingin lihat hanyalah kebahagiaanmu
walaupon kebahagiaan mu nanti dikongsi dengan insan lain
aku redha dengan ketentuannya
akanku terima dengan hati yang terbuka
andai nanti kamu telah ditemukan dengan jodoh yang terbaik buat dirimu
aku sentiasa berdoa agar allah berikan petunjuk padamu
agar kamu diberikan insan yang terbaik untuk kamu...insyaallah

kecewa

awk...sye nk awk jwb ngn jujur nie...
ape dia?
awk kecewa x ngn jawapan sye aritu?
ooo...klu kate xkecewa tipu r....
mmg sye kecewa pon...
menangis? mmg sye menangis pon...
sedih? mmg sye sedih pon...

tapi alhamdulillah aku dapat menanganinya dengan baik
aku bersyukur kehadrat ilahi kerana memberiku kekuatan
untuk menghadapinya dengan tenang...
aku menghormati keputusan yang telah dibuat
aku akur dengan ketentuannya..

untuk pengetahuan kamu...
tidak pernah sekali kali hati ini untuk berundur atau mengalah
aku tetap menyayangimu seperti dulu
kasih sayang aku padamu makin dalam dan makin bercambah...

aku kurang menghubungi kamu kini bukan kerana aku kecewa atau marah
tapi aku menghormati kamu.......
aku takut aku ini mengganggu kedamaian yang mungkin kamu miliki kini...

usahlah kau bimbang dengan perubahan yang berlaku kini
kerna aku tetap menyayangimu seperti dulu
percayalah yang kasih sayang aku tidak pernah berubah walau sekelumit sekalipun...

aku akan tetap mendoakan
kebahagiaan kamu
kesejahteraan kamu
keselamatan kamu
setiap langkahan kamu akan sentiasa diiringi doa dariku
aku tidak mahu melihat diri kamu disakiti apatah lagi hatimu yang suci itu
aku tidak mampu untuk mendengar atau melihat
apa saja sesuatu yang buruk keatas kamu........

ya allah yang tuhanku tuhan yang maha penyayang lagi maha pengampun
kau ampunilah dosa-dosa yang pernah dibuat olehnya
kau berikanlah kebahagiaan dan sejahteraan kepadanya dan keluarganya
berikanlah petunjuk kepadanya
jadikanlah dia seorang yang anak yang cemerlang
seorang adik yang cemerlang
seorang kakak yangcemerlang
dan akan menjadi seorang isteri yang cemerlang
dan pastinya jadikanlah dia seorang umat yang cemerlang
ya allah ya tuhanku
kau limpahkanlah berkat dan selamat kepadanya
masukkanlah dia dalam golongan orang yang beriman
amin ya robbal'aalamiin....

Thursday, January 20, 2011

gelombang

sepi sepi sepi sepi sepi
rindu rindu rindu rindu rindu
syahdu syahdu syahdu syahdu syahdu
sayu sayu sayu sayu sayu

entah mengapa tiba-tiba perasaanku bergetar
entah mengapa tiba-tiba hati ini bergoncang
entah mengapa tiba-tiba jiwa ini berkecamuk

telah sekian lama aku bertahan
telah sekian lama aku bersabar

walau ribut datang melanda
aku begitu kuat menongkahnya
tapi mengapa pada ketika ini hatiku terdetik

aku rasakan seperti kehilang
aku rasakan seperti lumpuh
aku seperti sudah tidak mampu untuk melangkah lagi
aku seperti tidak mampu lagi untuk melakukan apa-apa

aku seperti telah hilang segala-galanya

mengapa aku tiba-tiba tidak mampu untuk menghadapinya
baru saja 14 jam berlalu......
aku tertewas lagi

saat ini menggamit kenangan lalu
saat aku tertewas

patutla akhir-akhir ini kerap kali kenangan lalu manggamitku
namun aku redha dengan ketentuannya
apa yang diaturkanNya adalah yang terbaik untuk diriku

sabarlah mohd faizal bin awang
kuatkan azammu
jodoh pertemuan ajal maut ditangan allah
terimalah seadanya......

Tuesday, January 18, 2011

ku ingin merasai dan menikmatinya kembali

satu hari aku berjumpa si dia..aku maklumkan yang aku kena pergi berkursus di pulau langkawi selama 1 bulan (sebenarnya 2 minggu je)..tengah aku asyik bercerita aku terperasan yang sidia tunduk diam membisu..lalu aku bertanya kenapa nie...dia diam dan terus tertunduk aku tanya lagi dan kali ini dia menjawab tapi dalam keadaan suaranya yang tersekat-sekat dan penuh sebak " kalau abang pergi sapa yang nak jaga na..na takdok sapa-sapa lagi kat sini" pada ketika itu aku terperasan yang air matanya mengalir deras mengalir di pipi dan gugur ke lantai..aku terpaku seketika berderau jantung ku pada ketika itu..oh indahnya dunia bila kita sedar betapa si dia begitu menyayangi kita.......

Suatu ketika ketika dia terpaksa pulang ke KL...
pada hari tu aku mengambilnya di rumah mak saudara dia di jerteh..dan terus ke kuala terengganu untuk menaiki bas ke kl.....saat bas membawanya pergi aku tak mampu lagi memandang wajahnya yang penuh kesayuan memandangku dengan linangan air mata dan ku terpandang jauh didalam matanya itu penuh rasa sayang yang teramat dalam padaku.......sebelum menaiki bas dia sempat memberiku hadiah dan sepucuk surat. setelah pulang dari perhentian bas kuala terengganu aku tidak terus pulang ke rumah sebab aku tak sabar untuk menatap tintanya...aku ke pantai batu buruk untuk menatapnya...ketika aku membacanya air mataku mengalir deras dan selesai saje aku menatapnya aku meraung dan teresak-esak.

"assalamualaikum...abg..apabila abg menatap surat ini, Na telah meninggalkan bumi Trg ini..sayu benar rasa di hati meninggalkan Trg yg tlh byk meninggalkan kenangan buat Na..disini juga Na mengenal erti hidup, pelbagai pengalaman Na timba disini..pahit manis suka duka tapi yang paling penting tanpa Trg maka tak wujudlah hubungan kita bukan? jika diimbau kembali..perkenalan di kem telaga batin (28 mac - 4 mei ) membawa 1001 kenangan manis buat kita..dr saat itulah hubungan kita kian rapat sehinggalah sekarang..kita sama2 mengenali hati budi masing2 walaupon msh byk lg yg belum kita ketahui..bermula dengan panggilan En Faizal sehinggalah sekarang "abg, syg, samad" walau apa panggilan sekalipon Na hanya untuk abg...

abg...saat ini na hanya menghitung hari, jam saat..utk meninggalkan bumi Trg..yg paling perit adalah meninggalkan insan yang paling Na syg.."MOHD FAIZAL BIN AWANG @ HAMID"..mengapa masa begitu pantas berlalu..tanpa sedar hampir setahu Na disini..dimana Na mencari kebebasan mutlak..Na bebas disini..tapi keindahan dan keseronokannya hanya sementara..disana segalanya akan berbeza...tiada lagi desiran ombak......tiada lagi segala2nye lah...mampukah Na menyesuaikan diri Na disana... Tak sanggup rasanya utk melalui hari2 yg mendatang..mungkin org melihat Na disana tapi hakikatnya hati jiwa & perasaan Na tetap disini..apatah lagi untuk berpisah dengan abg..

abg...rasa ingin sekali membawa abg bersama Na..dimana ade Na disitu ade abg oh indahnya dunia...mampukah kita untuk mempertahankan hubungan kita..moga2 semuanya selamat..sama2lah kita berdoa utk kebahagiaan bersama..abg, walau dimana kita berada ingtlah kita tetap seperti dulu kerana dihati kita telah tertanam utuh nama masing2...Na hrp abg jagalah diri abg baik2..jaga MORAL, JAGA MATA, JAGA HATI. JGN ASYIK NK MENGGATAL JE...tapi Na kenal siapa abg..hrp2 begitulah..jgn lupa solat..jodoh pertemuan ajal maut segalanya telah tertulis...

setiap kali desiran angin bertiup ke sisi abg..itulah ciuman rindu drp Na yg sentiasa merindui, menyayangi dan menyintai abg di Trg...kasih syg Na hanya utk abg setulus hati Na...abg, setiap kali Na melihat kedalam mata abg, Na dpt rasakan sucinya kasih abg buat Na...di redup matamu itu adalah luahan kasih sucimu, jernih sinat matamu itu adalah tulusnya syg yg bakal menguntum dendam rindu buat penawar sepi di kala kerinduan..kita pasti...pasti bersama dengan izinNya..slmt tggl kasihku slmt tggl nyawaku slmt tggl syg..salam sayang dari SITI TADLINA AFIZA khas buatmu sygku MOHD FAIZAL BIN AWANG @ HAMID...salam permisi slmt tggl pujaan hatiku..biar terpisah jauh namun hati kita tetap bersatu.........."

aku kepingin merasainya kembali..telah sekian lama lubuk hati ini dipenuhi dengan suka duka yang begitu mencabar kelakianku...

"JODOH PERTEMUAN DI TANGAN ALLAH..KITA HANYA MAMPU MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN"
segala2nya telah berakhir...aku telah melalui satu episod hidup yang maha dahsyat pada ketika itu..namun aku kini kembali kuat.....namun begitu langit tak selalu cerah...kusangkakan panas berpanjangan rupa2nya hujan di tengah hari.....kini episod duka itu bagaikan ingin kembali menjengah ruang hidupku..akhir2 ini perasaan ini KERAP KALI bermain hampir dengan ku..apakah episod duka itu akan berulang kembali..berserahlah pd allah swt....aku sentiasa berdoa pd allah agar aku diberikan kekuatan untuk aku menghadapi sebarang kemungkinan..insyaallah..
"UNTUNG SABUT TIMBUL, UNTUNG BATU TENGGELAM"

Monday, January 17, 2011

sungai lui


suka dengar lagu ni....tak tau kenapa

Saturday, January 8, 2011

rutin ahad hingga sabtu

AHAD
6.15 - 6.45 : salam..bgn xag
                    wkslm..bgn dh nk g mandi dh nie k bye
7.45 - 8.15 : salam dh ciap blom...ngh ciap nie tel mula pahni deh..k dh nk mkn pe arini..ikut r bli la pepon
12.50 - 2.30 : salam ngh wt pe xkuar mkn ke...ermm tgk r lu nnt kabo mula...k pepon jgn lupe solat dulu
                      tau k.bla bla bla
5.45 - 6.30 : salam cbuk ke? dh solat blom nie...ermmm ade keje sket nie...ermmm xpe r klu cbuk gok..
                     xpe xdok hal nie pon ngh ciap2 nk blk dh nie...ermm sapa dh rmh nie..ermm alhamdulillah
8.00 - 9.00 : salam dh solat blom...dh, nk lipat kain jap pastu nk mkn lu nnt sye miss call k.k bye
11.00 - 1.00 : salam dh ciap seme dh..ermm mkn dh solat dh.. bla bla bla bla..ermm ngantuk r nk tido dh nie
                      k dh xpe r...doa2.. tq slmt mlm thanks..k bye gd nite hve a sweetdreams
2.00-3.00 : ( kalau xleh tido) miss call....bla bla bla bla sampai leh tido blk..

ISNIN
6.15 - 6.45 : salam..bgn xag
                    wkslm..bgn dh nk g mandi dh nie k bye
7.45 - 8.15 : salam dh ciap blom...ngh ciap nie tel mula pahni deh..k dh nk mkn pe arini..ikut r bli la pepon
12.50 - 2.30 : salam ngh wt pe xkuar mkn ke...ermm tgk r lu nnt kabo mula...k pepon jgn lupe solat dulu
                      tau k.bla bla bla
5.45 - 6.30 : salam cbuk ke? dh solat blom nie...ermmm ade keje sket nie...ermmm xpe r klu cbuk gok..
                     xpe xdok hal nie pon ngh ciap2 nk blk dh nie...ermm sapa dh rmh nie..ermm alhamdulillah
8.00 - 9.00 : salam dh solat blom...dh, nk lipat kain jap pastu nk mkn lu nnt sye miss call k.k bye
11.00 - 1.00 : salam dh ciap seme dh..ermm mkn dh solat dh.. bla bla bla bla..ermm ngantuk r nk tido dh nie
                      k dh xpe r...doa2.. tq slmt mlm thanks..k bye gd nite hve a sweetdreams
2.00-3.00 : ( kalau xleh tido) miss call....bla bla bla bla sampai leh tido blk..

SELASA
6.15 - 6.45 : salam..bgn xag
                    wkslm..bgn dh nk g mandi dh nie k bye
7.45 - 8.15 : salam dh ciap blom...ngh ciap nie tel mula pahni deh..k dh nk mkn pe arini..ikut r bli la pepon
12.50 - 2.30 : salam ngh wt pe xkuar mkn ke...ermm tgk r lu nnt kabo mula...k pepon jgn lupe solat dulu
                      tau k.bla bla bla
5.45 - 6.30 : salam cbuk ke? dh solat blom nie...ermmm ade keje sket nie...ermmm xpe r klu cbuk gok..
                     xpe xdok hal nie pon ngh ciap2 nk blk dh nie...ermm sapa dh rmh nie..ermm alhamdulillah
8.00 - 9.00 : salam dh solat blom...dh, nk lipat kain jap pastu nk mkn lu nnt sye miss call k.k bye
11.00 - 1.00 : salam dh ciap seme dh..ermm mkn dh solat dh.. bla bla bla bla..ermm ngantuk r nk tido dh nie
                      k dh xpe r...doa2.. tq slmt mlm thanks..k bye gd nite hve a sweetdreams
2.00-3.00 : ( kalau xleh tido) miss call....bla bla bla bla sampai leh tido blk..

RABU
6.15 - 6.45 : salam..bgn xag
                    wkslm..bgn dh nk g mandi dh nie k bye
7.45 - 8.15 : salam dh ciap blom...ngh ciap nie tel mula pahni deh..k dh nk mkn pe arini..ikut r bli la pepon
12.50 - 2.30 : salam ngh wt pe xkuar mkn ke...ermm tgk r lu nnt kabo mula...k pepon jgn lupe solat dulu
                      tau k.bla bla bla
5.45 - 6.30 : salam cbuk ke? dh solat blom nie...ermmm ade keje sket nie...ermmm xpe r klu cbuk gok..
                     xpe xdok hal nie pon ngh ciap2 nk blk dh nie...ermm sapa dh rmh nie..ermm alhamdulillah
8.00 - 9.00 : salam dh solat blom...dh, nk lipat kain jap pastu nk mkn lu nnt sye miss call k.k bye
11.00 - 1.00 : salam dh ciap seme dh..ermm mkn dh solat dh.. bla bla bla bla..ermm ngantuk r nk tido dh nie
                      k dh xpe r...doa2.. tq slmt mlm thanks..k bye gd nite hve a sweetdreams
2.00-3.00 : ( kalau xleh tido) miss call....bla bla bla bla sampai leh tido blk..

KHAMIS
6.15 - 6.45 : salam..bgn xag
                    wkslm..bgn dh nk g mandi dh nie k bye
7.45 - 8.15 : salam dh ciap blom...ngh ciap nie tel mula pahni deh..k dh nk mkn pe arini..ikut r bli la pepon
12.50 - 2.30 : salam ngh wt pe xkuar mkn ke...ermm tgk r lu nnt kabo mula...k pepon jgn lupe solat dulu
                      tau k.bla bla bla
5.45 - 6.30 : salam cbuk ke? dh solat blom nie...ermmm ade keje sket nie...ermmm xpe r klu cbuk gok..
                     xpe xdok hal nie pon ngh ciap2 nk blk dh nie...ermm sapa dh rmh nie..ermm alhamdulillah
8.00 - 9.00 : salam dh solat blom...dh, nk lipat kain jap pastu nk mkn lu nnt sye miss call k.k bye
11.00 - 1.00 : salam dh ciap seme dh..ermm mkn dh solat dh.. bla bla bla bla..ermm ngantuk r nk tido dh nie
                      k dh xpe r...doa2.. tq slmt mlm thanks..k bye gd nite hve a sweetdreams
2.00-3.00 : ( kalau xleh tido) miss call....bla bla bla bla sampai leh tido blk..

JUMAAT
9.00            : salam..bgn xag...wkslm org bgn tadi lg..ciap lake dh jemur kain kemas rmh ermm mandi je
                     xlg hehehe..bla bla bla bla
12.00 - 3.00 : salam ngh wt pe...ngh kemas rmh lg bese la xkan xtau sye mne blh tgk kenjoh2 gini hehehe
                      dh solat? mkn ag nie...ermm nk gok nie nnt r pah2 ni..bfast + lunch skali lalu
6.00 - 7.50   : salam ngh wt pe..ermm duk rilek2 bla bla bla
10.00 - 1.00 : bla bla bla bla
2.00-3.00 : ( kalau xleh tido) miss call....bla bla bla bla sampai leh tido blk..

SABTU
9.00            : salam..bgn xag...wkslm org bgn tadi lg..ciap lake dh jemur kain kemas rmh ermm mandi je
                     xlg hehehe..bla bla bla bla

12.00 - 3.00 : salam ngh wt pe...ngh kemas rmh lg bese la xkan xtau sye mne blh tgk kenjoh2 gini hehehe
                      dh solat? mkn ag nie...ermm nk gok nie nnt r pah2 ni..bfast + lunch skali lalu

6.00 - 7.50   : salam ngh wt pe..ermm duk rilek2 bla bla bla

10.00 - 1.00 : bla bla bla bla
2.00-3.00 : ( kalau xleh tido) miss call....bla bla bla bla sampai leh tido blk..




2.00 -3.00 : jarang-jarang berlaku..ble time xleh nk tido mlm je


aku sentiasa doakan agar rutin ini akan terus berlaku tapi dalam keadaan yang berbeza...
biarlah tiap kali aku terjaga dari tidur dan bila aku memandang disisi aku mampu tersenyum....
insyaallah...namun harus diingat kita hanya mampu merancang allah yang akan tentukan...
aku redha dengan ketentuannya..kini aku sudah bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan dan ketentuan ilahi...

Wednesday, January 5, 2011

serba salah

Bermula 29 December 2010 hingga kini............

Aku masih tertanya-tanya....
mengapa begini jadinya
apa masalahnya
apa lagi yang diinginkan....
aku jadi serba salah
katanya tak ada apa-apa
tapi mengapa begini.........
"la npe plk.ape yg awk duk ssh2 pk yg bkn2 nie. Xde pe2 la"
"xde mende2 la..xyohla pk bkn2..mareng kabo dh"

Mengapa aku tertanya-tanya....
mengapa...

1- bila telefon kamu tak jawab
2- bila mesej pon tak jawab ( ada sekali dua sahaja yang ada jawapan )
3- biasanya bila kamu tak jawab kamu akan telefon balik
4- jika ada urusan kamu akan mesej bagi tahu yang kamu sedang sibuk dan akan telefon semula

ini antara perkara yang paling utama....ada lagi tapi cukuplah setakat ini sahaja dulu...

tapi usahlah kau bimbang kerana aku tak akan bertanya lagi
aku telah letakkan sepenuh keyakinanku kepercayaanku pada kamu
mungkin kini kamu dalam keadaan yang tidak mengizinkan
aku berdoa kepada allah agar kamu dapat menyelesaikannya dengan baik
dan aku juga percaya bahwa kamu tidak akan mengkhianati kepercayaan aku kepadamu...insyaallah

Monday, January 3, 2011

Saturday, January 1, 2011

wallahi wabillahi watollahi

assalamualaikum...............
sempena tahun baru ini aku memohon jutaan kemaafan dari kamu kerana selama perkenalan kita ini terlalu banyak tindak-tandukku perlakuanku perckapanku penulisanku yang menimbulkan kemarahanmu......
aku cukup-cukup suka berkawan dengan kamu
dan aku tidak pernah menukarkan niat aku padamu
hanya allah sahaja yang dapat menentukannya...
sekarang ini aku redha jika kamu tidak mahu berkawan lagi dengan aku......
dan aku tetap seperti aku
aku tetap sayang kamu sepenuh hatiku
walau apa pun keputusan kamu
kamu tetap di hatiku
sudah ku lafazkan dulu
andai ada jodoh kita bersama
aku mahu kita buka lembaran baru dalam perjalanan hidup kita
aku tak mahu lagi cerita-cerita lampau menghantui kita
biarkan ia menjadi kenangan bukan jadi igauan

JANGAN MARAH KETIKA KITA SEDANG MARAH
JANGAN MARAH ORANG YANG HENDAK KITA MARAH KETIKA KITA SEDANG MARAH

doa ku utuskan setiap masa untukmu
semoga kamu sentiasa dalam perlindungan allah swt
semoga setiap apa yang kamu buat akan mendapat keberkatan dari allah swt
semoga kamu diberikan kesihatan yang berkekalan
semoga kamu sentiasa dalam kebahagiaan
semoga kamu diberikan rezeki yang melimpah-limpah
semoga kamu diberikan kejayaan di dunia dan akhirat
semoga diberikan jodoh yang terbaik untuk kamu
aamiiiin....insyaallah

ASSALAMUALAIKUM.......

hepi new year

semoga allah memberkati segala amalan diberikan kejayaan diberikan rahmatnya diberikan kesihatan yang berpanjangan diberikan rezeki yang melimpah diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada semua yang membaca blog saya ini......insyaallah....hepi new year kpd semua