Sunday, January 23, 2011

sihir...

mengapa perlu marah jika itu bukan rezeki kita
mengapa perlu maki hamun jika hasrat tidak tercapai
mengapa perlu dendam jika tidak diterima

dalam laut boleh diduga tapi hati manusia siapa yang tahu
tidak pernah terfikirkah mereka ini dengan apa yang dilakukan kepada insan lain
pernahkah terfikir akan akibat dari niat yang busuk itu...

aku cukup tersentuh bila dapat tahu berita yang sebegitu rupa
aku tidak mampu untuk mengawal emosiku
nafsu amarahku memuncak dengan tiba-tiba
lalu hati kecilku menangis tersedu sedan
fikiranku mula mengamuk dan hatiku berkecamuk

ikutkan hatiku..malam itu aku mahu menangis secukup-cukupnya
tapi alhamdulillah tiba-tiba kekuatanku kembali
aku cukup-cukup terasa kerana sebelum ini
aku pernah merasai saat-saat segenting itu


didalam benakku kini hanya berkisar tentang dirimu
aku hanya mahu melihat kau bahagia
biarlah apa sekalipon tanggapan orang kepadaku
sejujurnya aku mahu melihat kau seperti insan-insan lain

walau aku sudah dipinggirkan

walau aku sudah dilontarkan ditengah lautan
namun aku tetap tidak akan beranjak walau seinci pon
apa yang aku ingin lihat hanyalah kebahagiaanmu
walaupon kebahagiaan mu nanti dikongsi dengan insan lain
aku redha dengan ketentuannya
akanku terima dengan hati yang terbuka
andai nanti kamu telah ditemukan dengan jodoh yang terbaik buat dirimu
aku sentiasa berdoa agar allah berikan petunjuk padamu
agar kamu diberikan insan yang terbaik untuk kamu...insyaallah

No comments:

Post a Comment