Wednesday, February 17, 2010

DIA





Dia
Pertama kali ku lihat wajahnya aku rasa gemuruh
Entah mengapa tiba2 perasaan ku sebegitu jadinya
Aku mula merisik, meng’usha’, menyiasat dan akhirnya
Melalui teman2 rapatnya aku mulai kenal ‘dia’
Bermula dari satu senyuman hinggalah berutus2 surat
Sejak mula lagi kurasakan seperti ada chemistry antara aku dan dia
Aku mulai sukakannya aku mula cemburu bila melihat ada sang kumbang yang cuba untuk mendekatinya..apekah ini dinamakan…………………………ermmmm
Masa bermula begitu pantas tanpa kusedari rupa2nya aku semakin menjauh
Tak tau kenapa mengapa apakah sebabnya
Akhirnya berlalu begitu sahaja tanpa sebarang berita tanpa kata2
Akhirnya menjadi satu kenangan

Dia
Gugup gelisah takut suka malu
Itulah perasaanku tatkala pertama kali memandang seraut wajah dan sekujur badan ‘dia’
Indahnya ciptaan ilahi itulah kata2 yang mula2 terpacul dari mulutku pd ketika itu
Pertemuan ini bagaikan telah ditentukan
Aku pada ketika itu begitu aktif dalam pergerakan badan beruniform
Dia pon samala juga macam aku Cuma dari berlainan kumpulan dan daerah
Tapi kami sama2 sentiasa terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh negeri, daerah, sekolah, maktab perguruan atau IPT..
Dari situlah kami menjadi semakin rapat bak belangkas
Di mana ada dia di situlah ada aku
Di mana ada aku di situlah ada dia
Satu hari diperkhabarkan satu berita dia dapat menyambung pelajarannya ke IPT
Kami gembira namun jauh di sudut hatiku terdetik juga satu perasaan sedih
Kami akan berpisah seketika
Namun langit tak selalu cerah…rupa2nya perpisahan ini untuk selama2nya

Dia
Aku merantau ke negeri orang untuk menyambung lagi sisa2 perjuangan
Serambi mekah tempatnya…..
Tiap hari minggu, cuti aku pulang ke kampong yela bukannya jauh sangat
Bila kat kampong tu biasala lepak2 ngn geng2 kampung duk kacau aweks lalu lalang
Tup tap tup tap pintu hatiku digoncang lagi huhuhu dasyat
Rupa2nya aku tak bertepuk sebelah tangan
Aku menyiasat lagi rupa2nya dia dah lama suka kt aku yeke? Cm tak lojik je
Kami pon berutus surat ( lawak betul aku bukannya biasa tulis2 surat ni )
4 tahun masa berlalu kami dah kenal hati budi masing2
Namun apakan daya tuhan penentu segala
Kerana terlupa birthday dia aku dimarahi aku dikatakan tak ambil berat tentang dia
aku mintak maaf aku cakap birthday aku sendiri pon aku kantoi apatah lagi orang lain punye
pastu aku kol dia taknak jawab last2 dia pesan kat kakak dia
dia kata kalau nak kol tunggu sebulan lagi baru kol
aku kata ok
dan sehingga hari ni aku masih belum kol lg dia

 Dia
Jodoh pertemuan di tangan tuhan
Buat masa ni aku belum terfikir lagi benda2 tu aku nak tenangkan fikiranku
Aku masih marah lagi
Dugaan datang lagi kini aku bertemu lagi dia
Sungguh besar dugaan ini namun allah telah membuka pintu hatiku untuk kembali pada diri sendiri...tak lama mungkin dalam dua tiga bulan sahaja aku kenal
Lantas aku nokhtahkannya...inilah dipanggil jodoh dari syaitan
Nauzubillah.......................

TO BE CONTINUED..................

No comments:

Post a Comment