Tuesday, October 12, 2010

redup

??????????????????????????
mengapa kerap kali hasrat aku disalah ertikan
mengapa kerap kali kata-kata ku disalah ertikan
mengapa kerap kali tindak tanduk ku disalah ertikan

aku tau dirimu kecewa
aku tau kamu marah
tapi cuba fahami betul-betul

aku hanya berbincang macam mana harus disempurnakan perkara ini (bukan untuk dipercepatkan)
tapi hanya untuk memikirkan cara yang terbaik...
mungkin tindakan aku inilah yang membuatkan kau marah
tidak pernah sekelumit terdetik di hati ini untuk memaksa atau menekan
apa saja hajatmu ku turutkan
tidak pernah sekali kali aku terniat untuk menyakiti hatimu
tidak pernah sekali-kali aku terniat untuk membuat kau bersedih
tidak pernah sekali-kali aku terniat untuk membuat kau bermuram durja
tidak pernah sekali-kali aku terniat untuk membuat kau gundah gulana

aku bingung dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya orang tua kamu sampaikan pd kamu
sedangkan awal-awal lagi aku dh cakapkan pada mereka "janganlah paksa dia, beri dia masa"
jadi aku betul-betul tak faham apa yang disampaikan pada kamu dan apa yang kamu faham...

memamg aku tak pernah faham
memang aku tak akan faham
jika kamu tak memberi peluang untuk aku memahami mu........
bukan tak ada tapi cukup-cukup sempit

berilah peluang padaku untuk memahami dirimu (mengenalimu lbh dekat)
andai aku tak dapat memahami juga 'BODOH" lah aku

semalaman aku tak dapat tidur
setiap detik aku mengingatimu
andai tindakan-tindakanku selama ini menyakitkanmu
maafkan aku...
aku tau kau amat membenci aku tika ini
maafkan aku
kerana kealpaan..ini lah akibatnya
maafkan aku
kerana ketaksuban..ini lah akibatnya
maafkan aku
inilah kekuranganku
maafkan aku

aku tak dapat untuk menipu diriku sendiri
apa yang berlaku kini disebabkan....
aku terlalu menyayangimu sayang

biarlahku menyendiri seketika....
bukanku mengalah
tapi menghormatimu
walau badai datang ribut mengganas melanda
aku tak pernah berundur walau seinci pun dari menyayangimu

Ya Azeez,Ya Jabbar,Ya Mutakabbir.........
ya Allah, ya Kareem,ya Awwal, ya Akher, ya Mujeeb.

No comments:

Post a Comment