Monday, June 14, 2010

malam bersama search

 malam bersama search

minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk bagi aku untuk tahun 2010. apa taknya dah la aku kena bertugas untuk kejohanan ragbi MSSM di Kota Bharu bermula 06 hingga 12 Jun 2010 tapi aku terpaksa balik awal. petang khamis 10hb aku dah bertolak balik ke kg di kuala terengganu sebab esoknya aku ade kelas OUM.. itu semua taklah mendatangkan apa2 debaran pon sebenarnya tapi yang paling aku teruja adalah malam 11hb tu iaitu malam bersama Search bertempat di Ri-Yaz Resort Heritage & Spa.
Aku tak nak terlepas lagi kali ni. dahla konsert Double Trouble kt mount Kiara ngn Jb aku terlepas jadi kali ni walau macam mana pon aku akan hadir juga..
kul 8.00 malam aku dah terpacak kat Riyaz bersama member2 aku dan sepupu2 aku. dalam kul 8 lbh aku nak masuk pastu pihak define suruh kita orang isi borang pulak tapi tu semua tak mendatangkan masalah pada ku janji aku dpt bersama search....pastu kita orang berbaris untuk masuk sambil pihak define bagi cenderahati kat pengunjung termasuk aku la best jgk huhuhu kami semua di periksa ketat oleh sekuriti yang bertugas di pintu masuk..bila aku masuk je fuuhhhhh penuh tuuu org kat dalam memang happening gila la masa tu..dalam kul 9 lbh kumpulan MUH membuka tirai malam tu.. adalah beberapa lagu yang diaorang nyanyikan pastu Hujan pula mengambil tempat..crowd dah bising panggil nama search...lepas nyanyi 2 3 lagu Noh hujan tanya kat crowd "korang nk tgk search tak? NAAAAAKKKK!!!!!  gempak gila masa tu tp dengan selamba noh cakap sabar sbb kita nak nyanyi mungkin dalam 3 lagu lagi kot blh kan..errmmm mengeluh lagi aku dibuatnye sbb dalam kepala aku masa tu takde menda lain dah "SEARCH"...
lepas je hujan abis aku tgk crowd dah mula bersesak2 ke depan termasuk la aku..malam tu aku cukup berpuas hati dengan persembahan search lagi pon setahu aku search tak pernah gagal dalam persembahan live mereka itulah yang membuatkan aku begitu salute kat diorang...opening malam tu dibuka dengan Gothik Malam Edan fuuuhhh bergegar dewan dalam duk terloncat2 terkinja2 tu aku terperasan kat belakang aku ada sorang makcik sedang kusyuk tgk search wow kagum aku satu keluarga tu dia datang suami dgn anak2 sekali wa tabik la lu makcik hehehe ( aku sempat amik gambar makcik rock tu)...bukan setakat makcik dan pakcik saje tp pelbagai peringkat umur dan bangsa serta agama..ada yang tua, muda, remaja, melayu cina dan india "SEARCH MENYATUKAN KITA SEMUA"
dalam duk tengah layan show tu terlintas di fikiran aku mengapa sekarang ni ade segelintir fans yang mengkritik (tp bagi aku lebih kepada memperkecilkan je) persembahan search terutama Kid...jadi malam tu aku dengan penuh khusyuk mendengar dan menghayati setiap lagu yang dibawa oleh search malam tu..kat mana silapnya kid? aku tertanya2 sbb bg aku kid adalah salah sorang gitaris terbaik di negara kita kenapa nak dibanding2kan setiap orang gitaris tu, diorg ada feel masing2 skil masing2 dan trademark masing2 kenapa nak dibanding2 kan juga aduuussss pening kepala den...bagi aku kid cukup hebat sambil dibantu oleh abangnya din permainan gitar kid semakin mengancam..
bagi aku malam tu semua individu search memainkan peranan yg cukup hebat dan berjaya dipersembahkan dengan cukup terbilang sekali
TAHNIAH UNTUK SEARCH
* paling frust mlm ni bila tak dpt bersama SEARCH
ni antara set list yang sempat aku ingat yang dimainkan oleh search malam tu

1. Gothik Malam Edan
2. Balada Pemuzik Jalanan
3. Setelah Hujan
4. Melastik Ke Bintang... See More
5. Fenomena
6. Gadisku
7. Tiada Lagi
8. Isi dan Kulit
9. Sweet Child O Mine
10. Rozana
11. Kejora
12. Isabella
13. Pelesit Kota
14. Cakap Memang Murah
15. Pawana
16. Emmanuelle









video tak cantik cameraman amatur ni

No comments:

Post a Comment