Friday, March 5, 2010

aku

makin hari makin rimas aku rasa
untuk pergi kerja
dulu tiap kali nak pergi kerja mesti aku suka je
tapi berlainan kini
makin hari aku rasakan makin tertekan
sekarang ni aku dapat rasakan yang semua
senjata telah di 'aim' pada aku
senapang, pistol, bom, machine gun dan 
yang sama waktulah dengannya
hanya tunggu mase je nk lepaskan tembakan
makin hari aku makin tertekan
hinggakan aku tak mampu untuk menumpukan 
sepenuh perhatian pada setiap kerja aku
tiap hari aku rasa seperti ada saja 
orang yang mencebek aku
mengutuk aku, mengata aku, menghina aku
aku dah tak boleh percayakan sesiapa lagi buat mase nih
orang yang dekat dengan aku....
aku dah rasakan mereka makin menyisih dari aku
kadang2 benda2 yang aku cakapkan orang buat tak endah je
kadang2 aku rasakan orang saje je bagi aku buat 
benda2 yang akan membebankan aku
ada kalanya itu bukan tugas aku pon
tapi aku terpaksa buat
kalau aku tak buat orang akan kata aku sombong malas
tak boleh harap...errrrmmmmm macam2 lagi....
bila aku dah terpaksa buat kerja yang orang suruh aku buat
secara automatiknya kerja2 aku terbengkalai
tahu ke diorang aku terpaksa ke sekolah
malam2 hari untuk siapkan kerja2 aku
hari2 minggu waktu orang berehat 
bersama keluarga anak2 dan teman2 tapi aku.....
masih lagi di tempat kerja untuk siapkan kerja
dahla aku baru belajar buat tugas2 baru
tapi orang buat macam aku ni dah berpuluh2 tahun buat kerja  ni
tahun 2010 tahun pertama aku menjalankan tugas baruku
aku manalah tau semuanya kalau orang tak ajar aku
tapi aku kenalah belajarkan..
tapi macam mana aku nak belajar kat sini
orang yang nak ajar aku
bukannye betul2 ikhlas nak ajar aku
tapi hanya nak memperbodohkan aku
nak menunjukkan bahawa aku memang tak boleh buat kerja
memang berniat untuk menjatuhkan air muka aku
kalau satu2 benda tu aku tak buat (sedangkan aku tak tau pon aku yang kena buat)
orang akan mengadu kat orang yang berpangkat atau pentadbir
diorang ni pulak bila dah ade orang mengadu
mestilah tuding jari kat aku
aku cukup2 bengang
aku rasa cam nak cuti je
tapi kalu aku cuti sape yang nak buat kerja aku
nanti makin banyak pulak kerja2 aku
aduuuuuuuhhhhhh.......
ya allah kau tabahkan lah hamba mu yang lemah ini.....
ape2 pon aku kena siapkan jugak kerja2 aku
walaupon aku terpaksa merangkak sekalipon
aku akan belajar dengan mana2 orang lagi yang mahir kerja cam aku nih
nanti aku akan fikirkan jalan seterusnya

1 comment:

  1. hidup ini tidak lengkap jikalau tiada dugaan dan cabaran. Dalam kehidupan di dunia fana ini, lebih ramai yang ingin melihat kita jatuh daripada meluncur ke atas. Sahabatku..tabahkan hatimu..bangun dan berjuanglah..jikalau kau mengalah maka berjayalah misi mereka untuk melihat dirimu tumbang..mereka akan berpesta dan memijak-mijak dirimu..kutiplah cemuhan dan ejekan mereka sebagai pembakar semangatmu untuk bangkit dengan lebih bersemangat..buktikan kepada semua bahawa dirimu tidak sekerdil yang dijangka..sesungguhnya kejayaan yang dicapai dengan menepis ejekan dan cemuhan lebih bermakna dan memberikan kepuasan yang tidak terhingga. ingatlah Allah tidak menzalimi hambanya..

    ReplyDelete