siang dan malam ku berdoa
siang dan malam ku minta petunjuk
siang dan malam ku pohon hajat
siang dan malam ku mohon kemaafan
siang dan malam ku pohon keampunan
terima kasih kerana mengajarku erti sabar
terima kasih kerana mengajarku erti kasih
terima kasih kerana mengajarku erti sayang
ku cuba untuk membahagiakan
ku cuba untuk menceriakan
maafkan aku andai kehadiranku menyusahkan
maafkan aku andai kehadiranku menyulitkan
maafkan aku andai kehadiranku meresahkan
maafkan aku andai kehadiranku menambahkan lagi permasalahan
setiap kemahuan dan hasratmu kuturutkan
ku tau seperti insan lain kau juga ada masalah
sedikit sebanyak ku mulai mengenalimu
terima kasih kerna memberi peluang dan ruang untukku
walaupun peluang dan ruang itu sangat-sangat sempit
terima kasih di atas segala-galanya
nikmatilah hidupmu sepuas-puasnya
nikmatilah kebebasanmu sepuas-puasnya
selesaikanlah masalahmu sebaik-baiknya
insyaallah allah bersama orang yang sabar
siang dan malam ku berdoa agar kau diberi petunjuk
siang dan malam ku berdoa agar kau sentiasa dilindungi
siang dan malam ku berdoa agar kau sentiasa dilimpahi dengan rahmatnya
betul kata pujangga "penantian satu penyiksaan"
namun akan ku sabar menunggu
apa jua keputusanmu
buatlah keputusan untuk membahagiakanmu
janganlah sekali-kali membuat keputusan yang terpaksa
janganlah sekali-kali membuat keputusan demi menjaga hati orang lain
setiap keputusan yang kau simpulkan nanti akanku terima dengan hati yang terbuka
satu pintaku
janganlah disalah anggap setiap tindak tandukku
segalanya ini kerana kamu
bukanku berkecil hati
bukanku kecewa
bukanku mengalah
tapi segala-galanya hanya untukmu kerna ku menghormatimu
tidak pernah di hati ini untuk membenci mu
apatah lagi pergi meninggalkanmu...
ketahuilah bahawa kasih sayangku padamu tidak pernah berbelah bahagi
kepercayaanku padamu juga tidak pernah berbelah bahagi....percayalah
andai kau ingin berkongsi sesuatu
aku bersedia
setiap saat setiap masa akan ku luangkannya untukmu.......
(andai kau bersedia hubungilahku..aku percaya kau tau dimana dan bagaimana)
Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
hanya satu
Hanya kamu
ku membiarkan hatiku untuk merinduimu
ku menghamparkan sakitku untuk tatapan kamu
bersamamu
harapanku
hilang dalam terang yang membutakanku
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
aku lemah tanpa kamu
ku inginmu dampingiku
aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
No comments:
Post a Comment