Tuesday, April 26, 2011

sedetik lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Saturday, April 16, 2011

di dalam sepi itu

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Monday, March 28, 2011

layang-layang terputus talinya

Monday, February 21, 2011

nokhtah...................

assalamualaikum.........
sebelum aku meneruskan dan meleretkan lagi coretan ini izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai coretan ini mengguris lagi hati kamu.....

hari ini sudah genap seminggu kita tidak bercakap tidak ber'sms' dan bersua muka serta bertanya khabar...aku tahu kamu memang marahkan aku dengan tindak tandukku kebelakangan ini....dimulai dengan aku tidak membalas sms mu..pernahkah kau bertanya mengapa aku tidak membalasnya?(perlu ke kamu bertanya? aku ini bukan apa2 pun bg kamu kan) pada hari itu apabila kawanmu menelefonku memberitahu yang kamu marahkan aku sebab tak membalas sms aku terus mencubanya dapatkan sedikit kredit kedlm telefonku(maklumlah aku bukannya orang yang berharta) melalui kawanku lalu aku sms pada kamu apa yang kamu minta.....selepas itu kamu membalasnya "tq"..dan aku diam lg selepas itu...dan ianya berlarutan sehinggalah hari ini.......

tapi mungkin juga kerana coretan-coretanku yang mengguris perasaanmu...seolah-olah aku ini maksum seorang yang suci seorang yang terlalu baik seorang yang tak pernah melakukan kesalahan...aku hanya meluahkan apa yang tersimpan dilubuk hati ini aku hanya menegur apa yang termampu ditegur...mungkin ini kesilapanku yang amat besar kerna mengajar itik berenang sedangkan aku sendiri pun huru hara...maafkan aku..aku sebenarnya tak layak untuk menegur insan seperti kamu..aku insan yag naif insan yang tak punya harta insan yang tak punya rupa aku insan yang tak layak untuk mendampingimu aku tidak setaraf denganmu..itulah aku

aku tidak tahu mengapa akhir-akhir ini kamu begitu sensitif dengan aku...silap saja mesti bertimpa-timpa membuak-buak kemarahanmu padaku seolah-olah kamu begitu membenciku begitu dendam padaku..ianya seperti sesuatu yang telah lama terpendam hanya menunggu masa untuk meletup...andai kamu membenciku terserahlah padamu aku akan menerimanya dengan hati yang terbuka....maafkan aku 

mengapa aku diam membisu sepi tanpa berita? ya seperti yang sedia maklum aku tidak suka mengganggu kamu bila dalam keadaan begini...walau aku diam seribu bahasa namun hati ini tak mampu untuk menghalang dari berfikir tentang kamu..lalu aku menanyakan khabar kamu melalui bondamu..salah ke aku berbuat begitu? tapi aku tidak tahu apa lagi yang disampaikan bondamu padamu...mungkin kamu tidak boleh menerima perlakuan aku begitu....aku mohon maaf aku hanya bertanyakan khabar kamu....aku bertanyakan samada kamu pakai atau tidak bedak yang ustaz bagi itu...aku bertanyakan juga samada kamu bagi tau atau tidak mengapa kamu diam atau marahkan aku...bonda kamu hanya bagi tau yang kamu menyatakan aku telah sakiti hatimu tapi tak bagi tahu pula apa sebabnya....dan dia minta aku bersabar tu saja......aku juga bertanyakan pasal kalendar ada tak kamu serahkan pada bonda kamu....

andai apa yang aku buat itu menyakitkan hatimu..sekali lagi aku memohon ampun dan maaf di atas segala ketelanjuran aku itu....aku tidak mahu melihat kamu berada dalam kegusaran kegelisahan dan penuh dendam kebencian......berbahagialah kamu selamanya....

mulai saat ini usahlah kamu bimbang lagi....aku tidak akan mengganggu kamu lagi aku tidak mahu mengganggu kebahagiaan kamu tika ini..pandailah aku menguruskan diriku..terima kasih di atas segala tunjuk ajar teguran dan pengalaman yang telah kau berikan selama perkenalan kita selama ini...terima kasih yang tak terhingga juga kerna mengizinkan aku mengenalimu dan ianya mengajar aku apa erti CINTA sebenarnya yang sebelum ini aku buta dengan ungkapan itu.....


Bukan beralah Kecewa kerana cinta..Tapi berduka kecewa kerana rindu..Perjuanganku hanya satu
Bekalan hidup dan matiku..Inginku rasa bersamamu...namun aku pasrah dengan ketentuan ilahi aku redha dengan ketentuannya...aku berserah segala-galanya pada Ilahi....


Bismillaahirrohmaanirrohiimmm...................
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engkau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya.. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"

Sunday, February 20, 2011

doaku

tak pernah lekang didalam doaku...............

ya Allah jadikanlah "Dia" dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah "Dia" dengan kekayaan dengan seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi dari segala-galanya...aamiiin

sabtu 19 february 2011

4.15 pg   - terjaga dari mimpi disebabkan perutku beronar..bermulalah episod sadis hari ini
                 terus ke tandas..selesai terus kembali ke tilam empukku namun tak sampai 2 minit aku terpaksa
                 kembali lagi ke bilik kecik ku itu dan ianya berlarutan sehinggalah pukul 12.30 tengahari.....
lebih kurang pukul 2.00 ptg untuk kesekian kalinya aku terpaksa lagi masuk ke bilik itu..aduuusssssss begitu kuat dugaan padaku hari ini...selepas itu aku gagahkan diri dan hanya mampu bertahan sehingga pukul 4.30 ptg sahaja dan aku terpaksa kembali lagi ke bilik itu...aku dah hampir pitam namun aku gagahkan diri...kini menjadi semakin parah bilamana ianya diselang selikan dengan muntah dah tak ade apa-apa lagi yang keluar hanya lah air semata-mata...

7.30 mlm ianya masih berterusan lagi selepas solat maghrib untuk kali yg ke berapa aku pon dah tak ingat sekali lagi ia menyerang selepas itu aku cuba untuk keluar untuk dapatkan udara segar diluar sana..setelah bersiap-siap untuk keluar tiba-tiba perutku kembali lagi beronar aku terpaksa bergegas lagi ke bilik keramatku aduuusssssssssssssssssss......apa yang keluar hanyalah air sahaja sudah tiada apa-apa lagi yang terkandung dalam perutku kini...selepas isya' aku gagahkan diri untuk keluar mencari sedikit makanan..aku sudah tidak mampu untuk makan lagi kerana seleraku dah tertutup namun aku terpaksa untuk memulihkan tenagaku tetapi aku tak boleh makan nasik aku takut nanti termuntah..aku singgah dikedai untuk makan buah epal 2 biji selepas itu aku rasa sedikit bermaya....

bila sedikit tenagaku kembali aku gagahkan kakiku untuk mencari udara segar dan menenangkan fikiranku lalu aku terus memecut kenderaanku ke tempat futsal..aku berehat seketika disana..entah mengapa jiwa ku akan tenang bila aku berada disini tenang setenang-tenangnya dan perutku juga tidak beronar lagi....aku berehat seketika disini dan dalam diam sekonyong-konyong wajah kesayangan hamba menggamit dibenakku..tiba-tiba pipiku terasa hangat dengan aliran deras yang turun dari 2 pancainderaku kurniaan ilahi..ianya bergenang dan terus mengalir deras....aku sayang kamu aku rindu kamu.....

aku tak mahu ianya berlarutan aku terus pulang kerumah...tiba sahaja dirumah perutku kembali beronar dan juga terasa hendak termuntah aku terus ke bilik keramatku untuk kesekian kalinya(kalau tak silap perkiraanku tak kurang dari 20 kali aku keluar masuk ke tandas hari ini)....selesai solat isya' aku terus makan lagi ubat dan aku berdoa agar ianya tak menjengahku lagi insyaallah......dah macam zombie dah muka aku pucat lesi...

Thursday, February 17, 2011

BOLDNESS


♥Cinta perlu ada keberanian..tanpa keberanian impian tidak mungkin jadi satu kenyataan.
Namun bukan hanya berani meluahkan sahaja, tapi perlu juga berani berhadapan dengan sebarang kemungkinan♥

berani? ya kita mesti berani..bukan itu sahaja kita juga perlu berani untuk berubah berani untuk mencuba berani untuk melalui berani untuk merasai berani untuk ditegur berani untuk dikecam barulah kita kena berani untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan...

seharusnya kita menjadi sebahagian daripadanya bukan sekadar meniti di bibir atau sekadar bermain dengan tinta-tinta kerana semua orang boleh menuturkannya atau mencoretkannya tapi tak semua yang betul-betul berani melaksanakannya....sepertikata pujangga "orang tidak mahu lihat atau dengar seberapa banyak benda atau kerja yang boleh kita buat tetapi orang akan lihat dan kagum dengan seberapa banyak benda/kerja yang boleh kita siapkan" ini bermakna setiap tutur bicara kita mestilah selari dengan perbuatan kita...bila kita berani mengeluarkan kenyataan kita juga mestilah berani melaksanakannya...


bila kita sudah berani atau bersedia untuk menjadi berani seharusnyalah kita juga sudah bersedia atau berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan...kita sudah berani untuk menghadapi kegembiraan dan yang paling besar kita sudah berani untuk menerima kehilangan..

mengapa begitu?
setelah banyak perkara dilalui setelah segala usaha dibuat segala ikhtiar dibuat tibalah masanya untuk berserah kepada yang maha kuasa allah swt kerana segala-galanya adalah perancangan yang maha terbaik dari allah swt juga....kita hanya mampu merancang allah yang akan tentukan segala-galanya....oleh yang demikian bersedialah untuk menerima ketentuan dari ilahi......